Nuffnang!

Sunday, January 26, 2014

1st Trimester.

Standard aaaaa kan... mesti nak cerita trimester by trimester punya... hahaha...
Kan azam nak bagi banyak post and semua moment dari mengandung, lepas mengandung, dah ada anak semua, kalau boleh memang nak post... insyaAllah...

Pengalaman 1st trimester untuk 1st time nak jadi mommy, untuk 1st time mengandung?
Hmmmmmm..... Semua orang ada morning sickness yang teruk, kan? I mean, not everyone... depends...
But for me, aku adalah dalam category LUCKY... sebab apa?
Muntah2? Until now even dah dalam 2nd trimester, boleh kira pakai jari... ada kot muntah takat ermmmmmm...
5 KALI JEEEEEEEE... okok... tapi TAK SAMPAI 10 KALI PUNNN... wahahahaa....
gelak jahat nampakkkk... Alhamdulillah... sickness aku tak lah seteruk orang lain yang pagi petang siang malam adalah muntah sesaja... Serius, aku kesian sangat kat orang lain... Even aku muntah takat berapa kali tu je, tapi seksa berapa kali tu pun aku tak sanggup dah... Ni kan pulak mommies yang pagi petang siang malam muntah... Salute to all mommies out there... bertabahlah korang :)

Tapi yang bagusnya, diorang tu memang dah tau yang dorang tu akan muntah like 24/7... tapi aku...
tak menentu okayyy... ikut dia la bila dia nak muntah... ingat lagi aku punya 1st muntah...
masa tu balik kerja... shift malam... lapar tengah malam... pergi dapur, nampak fav aku, koko krunch... jumpa kawan dia, susu... so campurkan sekali, enakkkkkkk...
makan dengan jayanya... penuh satu mangkuk... burppp... kenyang... Alhamdulillah... rest jappp...
duduk2 jap... pastu nak masuk tido... time nak tido... menangis2 kat Zul...

"kenapa ni? nak apa? cuba cakap kat hny, kenapa nangis2"
"baby lapar, tapi apa pun tak leh nak masuk"

Oh, ni salah satu symptom2 1st trimester. SELERA MAKAN HILANG TERUK.
oh.
PENING TERUK. eh. cerita jap lagi lah.
Sambung balik.

pastu Zul pujuk2. Picit2 kepala. Pastu usap2 belakang sebab aku dah kata dari awal aku mual.
Aku ni ada 1 pesyen. Pesyen dari sblm mengandung lagi. Aku tak suka muntah. Tak suka langsungggg...
Kalau kata aku nak muntah, aku sanggup tahan dari keluarkan and bagi lega cepat. Aku sanggup tahan ye.
Sanggup.
So lepas makan koko krunch tu, aku pening. Mual segala la. Sebabkan taknak muntah. Aku tahan je la.
Zul pulak usap2 belakang. Sekali, memang tahap yang tak boleh tahan dah ni. Bila Zul usap2 belakang je, berlari aku kat toilet. Nasib takde orang. Dengan itu, byebye semangkuk koko krunch.
Menggigil2 aku kat toilet ye. Menggigil. Tak tipu.

So tu la 1st muntah aku waktu mengandung. Oh, 2nd muntah adalah sebab yang sama.
Koko krunch + susu.
Situasi bila baru lepas check in flight nak ke Bali (again), before gerak p KLIA, dari rumah lapar.
Makan koko krunch. Sampai kat KLIA, dah rasa pening2 mual. Dudukkkk lepak lepak luuuu....
Berlari pulak cari toilet. Byebye semangkuk koko krunch.

Kesimpulan?
Koko krunch + susu (waktu pregnancy aku) = MUNTAH.

Tapi, merasa lah jugak muntah2 walaupun tak teruk, kan? Atleast eksperience tu ada.
Tadi apa aku nak cerita ye? Symptom 1st trimester kan?

1) Muntah2 tak dalam category teruk - Dah cerita.
2) Pening teruk
3) Selera makan hilang terukkk
4) Emosional teruk
5) Letih teruk
6) Demam panas teruk

Semua pun teruk... Hahahaha...
Pening teruk tu, hmmmm... sebenarnya, sampai sekarang dok pening2 lagi. Tapi symptom2 aku ni tak menentu. Bukan something yang aku boleh predict. Ikut dan lah. Tapi bila aku pening, berpinar aku cakap kau. Jenis macam tetiba cahaya matahari terpacak dekat atas kepala kau, terus kau pening. Gituewww.

Selera makan aku pulak, memanjanggggggggggg aje la makanan tu tak kena, makanan ni tak kena.
Peringatan, aku adalah category kuat makan. Bedal apa saja, waktu tak pregnant.
Tapi, bila pregnant ni, aku nak pikir makanan pun tak lalu. Ahhh sudahhh...
Apa nak buat pun tak tau... Dah try pikir makanan paling sedap, pun tak jalan, sebab before beli, dah bayangkan makanan tu, so tiba2 tak selera. Tak jadi. Kalau waktu tak pregnant hilang selera makan camni, takpe lah jugak. Seronotlah aku turun berkilo2. Tapiiiiiii.... Hmmmmm... Kadang2 tu aku paksa lah jugak makan apa2 yang patut. Takat bagi masuk perut. Asalkan ada makanan. Kesian baby aku nanti.

Pastu emosional. Hahahahaha... Pernah sekali, Zul nak pergi kerja.
Pergi kerja je okay. Aku menangis terukkkkkkk macam Zul nak pergi tinggalkan aku.
Hahahahahahahaha... yang ni kelakar dowh... bila pikir2 balik, apa bendaaaa tahhh.... Aku peluk takmo lepas.. Yang member dah cuak pergi kerja lambat... Hahahahha... Aduiiyaiiiii....
Pastu kalau malam Zul tak balik kerja lagi, menggagau aku cari baju dia yang dah pakai, yang ada bau dia.
Aku terlalu addicted bau Zul. Aku rasa macam nak kena ada bau dia 24 jam. Perfume dia yang lekat kat baju tu, odorono dia yang lekat kat baju tu. Fuhhhh... Addicted okayyy... Nasib bau badan Zul bukan yang jenis orang bau ketiak tengik tu.. Bukan macam tu... Dia macam ada bau maskulin tau... Fuhhhhh!

Lepas tu badan cepat letih and takde energy. OMG. aku sangat2 tak suka yang ni.
Sebab kerja aku active. Gerak sana sini. Aku suka. Tapiii... sebabkan situasi ni, aku memanjang letih.
Aku just dudukkk je kat office. Apa pun tak bleh nak buat. Kadang2 tu terpaksa hantar baju kat dobi.
Sebab terlalu takde energy. Aku just nak rest, tido tido tido, baring baring baring.
Memang best, memang heaven. Tapi kerja? Takde energy macam ni memang tak best. Maybe sebab tak makan sangat kot, campur pening kepala, campur mual2, so leads to this. Aihhh...

And symptom paling ku perasan. Setiap malam. Yes, setiapppp malam. Badan aku panas. Demam.
 Demam jenis teruk. Malam saja. After isyak macam tu. Bawak ke sampai nak tido. And bawak ke pagi. That is why aku letih jugak kot. Tapi bila masuk tengah hari, okay je. Then, malam, ulang benda sama.
Every single night. Ada kot dalam 2 or 3 weeks. Yesss. Every single night.
 Aku tak makan ubat. Panadol ke apa langsung tak makan. Sebab takut. Kesian baby nanti.
So terpaksa lah berhabis duit beli Koolfever. Memang bila letak koolfever tu, terus rasa tido ngan lena.
Letih macam  ni. Sebab every night sama je. Risau jugak, tapi Alhamdulillah. Lepas2 tu, demam tu hilang dengan sendirinya. Kuasa Allah kan.

Baby bump 1st trimester?
1 gambar pun aku tak amek. Sebab apa?
Sebab aku tak dapat nak bezakan, gambar before and during. Hahahahahahaha
Perut before pregnant aku macam sama je dengan perut during 1st trimester aku.
So, aku konpius. Ni baby bump ke, buncit lagi? So aku decide. Abaikan gambar bump 1st trimester.
Hahahahahahahahah... Maybe 2nd trimester kalau aku dah tak konpius, aku amek gambar.

Kalauuuuu.... Hahahahaha....
Now dah 2nd trimester ni... Orang kata dah takda segala2 symptom tu, orang kata energy dah okay balik.
Takda maknanya okay. Takda maknanya.
Untuk 2nd trimester, tak syiok plak kalau cerita dalam entry ni. Kita cerita entry lain lah.
Ok?

Selasa ni 28hb ada check up.
Ehem, check up aku sama slot dengan *ehem* artis *ehem*...
Tak sabarnyaaaaaaaaaaa...
Eh... Aku ni penakut jarum... camne niiiiiiiii???
Ni first check up.. Nak kena amek darah bagai... Aduhhhh... cemanaaaa niiiii.......

Tuesday, January 14, 2014

Yang blur tu, Aku. Clueless mother to be. @_@

Being a clueless yet zero thoughts of what to prepare for our first baby...
Aku adalah mengisytiharkan bahawa diriku adalah taktau mendeeeeee....

Damn!

Masa Ayu pregnant dulu, I asked her everything... Yet... Aku banyak jugak la google things pasal her first baby, well, now of course Adam dah setahun... Anak dia, pandai pulak aku tolong google kan...
But when it comes to me, tetibewww je iolls macam taktau nak google apa...
Awatnya tah... Nak start research apa and kat mane pun tatau...
Bukak google, alih2 pegi blog akak2, which is yang selalu aku refer is Kak Filla and Kak Ceera...
Pusing2 pun, kot tuuuuu jugaklah aku pergi... hahaha... Nasib banyak jugak info...

Sometimes, aku rasa macam nak ikut my own guts... Redah pi lahhh...
InsyaAllah, Allah will help to get thru this...
Kadang2 rasa give up nak google sebab blur... Nak google mendeeeee....
Hahahahahaha... Yes, i am that blur ladies...
Suppose nak google macam food stuff, what should i eat and whatnot...
Tapi bila tekan enter je, nahhhh... berlambak link keluar.... tu yang blur.... Ahahahaha...

This week dah 13 weeks... Well... Nak masuk 14 weeks dah la...
First full check up? This upcoming 28th january... Eh... Birthday Papa laaaa... Nak bagi apaaaa ni?
Lari topic jap... Huhuhu...
So up until now, eh, today, apa progress? Hmmmmm...
Supplements yang aku makan dari first dapat tau pregnant is folic asid sesajeeeeee...
Now baru aku start consume obimin pluz... Yang lain? Nandooo...
Teringin jugak nak amek shaklee set pebagai sume tu... Tapi tengok la dulu cemana...

Yang aku tunjuk haritu, gambar scan tu, tu 1st scan untuk confirmkan pregnancy aku... Then,
Haritu nak pergi year end holiday dengan family aku... So sebabkan aku over reacted sikit, takut jadi apa2, i mean, baby aku ok ke tak ke apa semua, aku pergi scan lagi sekali untuk tengok semua ok ke x...
Just scan.. No check up, no nothing... Kental tak? Hahahaha... Dah bila aku tanya Mama, she said

" Tak sakit pape, takyah la pi hospital "

Gittteewwwww Nanny dia yang lagi kewl dari Mommy -_-
So sebabkan aku just scan yang untuk confirmkan pregnancy saje, lepas2 tu terus takde check pape langsung, tu yang pi scan before holiday and Alhamduliilah, baby rupanya grow dengan normal and heartbeat pun time tu first time dengar. My baby is normal despite mommy dia yang terlebih kasar. Alhamdulillah.

Well, I guess, dilemma of being a first time mommy... Well, this is my first baby...
Apa yang aku tau, semua mesti baru... Hahahahahaha....
Eh,bila patut start shopping ni??
Seeeee... blur lagi T_____________T

Saturday, January 4, 2014

A new year surprise! Happy 2014!

Gituuuuuuu... Last entry tahun lepas.... kejams sangat ni tinggalkan blog lama2...
Bukan apa... Ada sebab2 yang tak dapat nak elakkan...

Hari yang ditunggu-tunggu... Entry ni sebenarnya dah lama ready dalam draft...
Tinggal nak publish je... Nak tau ke? Hihihi...
Rasanya macam ramai yang dah tahu... Hehehe...
Sebab dah kecoh kat insta, fb, twitter semua...
Yang penting, family memang dah tahu dulu awal2...
Lepas tu sedara yang rapat semua and budak tgv aku and Zul...
Tapi... Haritu aku just post benda simple je...
Masa awal2 dapat tahu haritu la...

"Rezeki hari jumaat, tak ada siapa yang tahu.. Alhamdulillah"

Tapiiiii.....
Ramaiiiii pulak yang pandai meneka... Hahaha...
Pandaiiiii eh koranggggg....
Okokok....... Jom cerita...

Selepas 167 hari dinikahkan, 5 bulan 15 hari dah sah... hari jumaat 15 nov 2013...
Pagi tu aku dapat tau... I AM PREGNANT!!!!!

Yes ladies and gentleman, I am now officially pregnant! :)

Ya Allah... Tuhan je yang tahu bertapa happynya aku... Gigih kitorang usaha ni... Huhuhu....
Camna kitorang usaha, takkan aku nak cerita kottttttt....
Malu laa aiii... yuollssss niiii.... Omgggggg...
Macam tak percaya... Cerita dia macam ni...

Aku dah delay seminggu.. Tepat2 7 hari... Tapi, kitorang still macam in doubt la, pregnant ke tak ni... Gitchewww... Sebabnya, since aku dah kahwin ni, aku pernah delay 2 kali... Omgggg...
Masa delay before this, memang memainkan perasaan ioollssss betulll...
Tak pernah aku delay teruk macam tu before kahwin... So maybe sebab hormon lah kot...
Pernah berhabis duit beli upt test sesaja untuk delay before2 tu... Bazir duit aii...
Tapi bila delay kali ni, firasat aku kata aku pregnant... Tapi takmo la eksaited sangat (omg, bila la nak g betulkan laptop ni).. kang aku frust macam haritu...
Bila cakap kat Zul, Zul pun kata, jangan eksaited sangat.. Dia pun takut kitorang sama2 frust...
So dia suruh tunggu aku muntah dulu... Hamboi sangat... Buat2 muntah kang... hihihi...

Tapi dah 5 6 hari camtu, tanda2 nak period macam ada macam takda... Gituuu...
Aku boleh tau kalau nak period... Macammmmmmm...
Sengal2 kat bawah perut tu ke, lapa teruk ke... makannnnnn memanjang ke...
Tapi tanda yang aku dapat.. sengal2 bawah perut.. tu pun kejap ada kejap takda...
Makan tak teruk pun... siap mampu diet okay... pelik niii... Selalu kalau nak period tak camni..

Pastu 1 day tu, aku pi watson lepas lunch ngan Dilla... Aku siap suruh dia tunggu luar...
Kang kantoi la.. Budak tu bukan boleh... Satgi dia kecoh... Kali ni pandai.. Beli paling murah... Hahaha...
Murah tak murah jugak la kalau RM10.90.. takpe2... Kita simpan dulu...
Balik2 tu aku tak terus buat... Ayu cakap buat pepagi... air kencing pertama... Ok fine...
Nasib baik pagi esok tu aku kerja pagi.... So bagitau kat Zul aku beli another upt test, still Zul kata tunggu aku muntah... Takut sangat frust lagi, dia kata tunggu...
OMG sayang... takde symptom lain agaknya nak tunggu.... Tapi aku perasaan, tek aku asyik sakit je...
Kesian Zul... Hahahahahahahaha...

So being myself, aku kan degil... Pagi tu aku nak mandi gi keje... Bawak sekali la upt tu...
Nasib kat umah dah takde orang.. So nak bukak kotak tu kuat2 pun takdehal... Haha...
Kencing lah dengan jayanyaaa.....

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

Ni gimik jeeee konon macam lama la aku tunggu result tu... Hahahhahahaa...
Padahal lepas aku kencing tu.... Zuuuupppppppppppppp.....
Terus naik 2 line weyhhhhh... bapak laju gilaaaaaa.... Pekat pulak tu 2-2 line tu...
Aku teringat Ayu cakap, kalau pekat tu maknanya memang dah lama la...
Kalau line samar2 tu yang baru2.... Aku seperti tidak percaya... Giteeww......
Dalam mamai2 tu.... dah settle macam dah takde line lain dah nak kua (tak mungkin line no.3 kot)...
Aku basuh upt tu... Takdan nak mandi... Terus kua bilik air... Kejut Zul...
Gosok gigi basuh muka semua takdan... Dan kencing je... Hahahaha... Teruk sangat eksaited ni...

"Honey honey... bangun"
Sambil Zul mamai bangun tu... Aku pun tayang upt tu...

*gambar ni time kat office*

"Kenapa2? Apa tu? Kenapa benda tu? Apa tu? Hah! Baby pregnant ke??? Series ke baby pregnant ke"

Semua tu dengan mata terkebil2... Hahahaha...
Kelakar gila muka Zul... Dah habis cakap tu... Aku pun sambung g mandi... Kitorang ingat nak g clinic tapi masing2 pulak kerja pagi tu so macam tak sempat la... Malam pulak ada annual dinner company...
So macam pergi balik kerja nanti la, takpun esok2 lah pegi...
Tapi lepas dah mandi tu, Zul tanya aku....

"Betul ke benda tu? Betul ke baby pregnant? Pelik... Sebab baby tak muntah pun... Mana tau rosak ke"

OMGGGG... Dia punya doubt just sebab aku tak muntah... Hahahahahaha...
So kitorang pun pergi kerja macam biasa... Tapi happy gilos...
Tapi geram dengan Zul... Sebab bila dia cakap macam tu aku pun terus macam frust sikit laaa...
Hahaha... terus aku pergi beli upt yang digital tu kat pharmacy tempat kerja...
OMG.... RM29.95 boleh tak...
5 sen tu aku rasa macam nak sedekah je kat pharmacy tu... Mahalll...
Dah test lagi sekali.... And alhamdulillah... Result saying that I AM PREGNANT
So pepagi tu takde keje... Aku pun plan nak bagitau dekat parents aku sume...
So terjadilah group dalam whatsapp... kelakar gila okay...






Dah bagitau family aku, pastu aku bagitau yang rapat2 je..
Kak Ila, Ayu and the rest punya staff TGV... bukan apa... takde la diorang buli aku time preg...
Hahahahha.. So dapat lah perhatian kasih sayang lebih sikit... Hihihihi....
Zul punya side pulak, dia dah bagitau parents dia, and budak TGV dia jugak....
So malam tu g dinner.... Masuk2 hall je, terus sume orang macam...

"baby baby baby....(usap perut)"
"Congrats congrats"

Hahahahha... terasa ramai orang sayang... Hahahahhaha... Dasarrrr
Tapi takde la kitorang kecoh sangat waktu tu... Tu pun yang rapat2 je yang tau...
Ramai pulak yang teka time tu tapi yang aku rasa takyah tau dulu, aku takde la bagitau...
So tunggu lah kitorang untuk hari2 kemudian untuk pergi clinic...
According tu upt test digital and bertapa terangnya 2 line tu... Waktu tu aku dalam 5 weeks pregnant dah...
Tak sangka okayyy... So aku pun start install apps sume and sume apps tu cakap aku dalam 5 weeks...
Dah la baru start diet nasi dalam 2 weeks and berjaya turun 2kg...
Dah jadi camniiii.. punah laahhhh harapankuuuu nak diet nasi....
Siap kena warning lagi dengan Papa 'NO DIET'... hahaha...
Apa lagi.. hooray hooray lah dapat makan... tapi kene control jugak... taknak la membesar bagai juara...
Kang nak turun kang payah kang....
Pastu waktu hari apa tah, kitorang cuti.. So cari clinic wanita... Just untuk scan nak confirmkan je...

Tadaaaaaaa... Confirm aku mengandung... Hehehehe... Tu kantung tuuu... :))
Alhamdulillah...

Tapi hari2 lepas tu... Ahad tak silap aku... Kitorang ada wedding...wedding sedara lah.. Dekat bora ombak sana tu...OMG... cantik okaayyy rupanya wedding kat situ.... Eh... nak cerita apa ni... Hahahha...
So before sampai, Mama dah pesan... jangan bagitau dulu... too early...anything can happen...
Ok fine... sedih sikit la tak dapat nak share happiness ni.... So mari teruskan hidup dengan makan...
So masa kat wedding, macam biasa, salam2 tok tok, nek nek, aunt aunt, uncle uncle semuaaa lah...
OMG... rasa macam berdosa okay menipu... Hahahaha... Semua macam....

"Aik... you ni macam dah ada isiii jee"
My answer : "Saya berisi ada la... Hahahaha.." Ok tak kelakar... T_____T"
Pastu tok tok semua macam tetiba...

"alaaaa. comelnyaaaa"
"comelnyaaaa"
"dah ada ka"

"comelnya" tu please sebut dalam bahasa utara and that referring to me....
 tak pernah pun tok tok ni bila aku pi salam kata aku comel... tetiba malam tu semua macam kata aku comel... walaupun memang sediakala comel tapi... malam tu iolls biasaaa je...
Mungkinkah tok tok ni dapat meneka? Diorang pangkat TOK pulakkk....
Ok now rindu arwah Maktok aku.... *al-fatihah*

So bermulalah hari2 kitorang waiting for our little bub :)
Doakan my pregnancy goes well okay... Tak sabar nak buat preparation semua...
InsyaAllah... Everything will be okay...
Up until today... I'm already 3 months pregnant :)
Dah masuk 2nd trimester dah pun...
Symptoms untuk 1st trimester? Kalau rajin, aku cerita journey aku dalam pregnancy ni...
Berdoalahhhhhhh aku rajin...

So kita dah masuk tahun baru... 2014... We are so ready... Eksaited pun ya... Nervous pun ya...
Azam tahun baru? Tahun2 sebelum ni tak pernah nak ada azam pun.. Kalau ada pun main cakap pakai mulut... Hahahaha... Sungguh tak ikhlas.... Tapi tahun 2014 ni... Special sikit...

InsyaAllah aku akan cuba menjadi muslim yang lebih baik, isteri yang lebih baik dan juga anak yang lebih baik and nak post banyakkkkk cerita dalam blog ni... Taknak jadi malas dah... Aku nak anak aku nanti baca semua pasal dia dalam blog ni... OH... InsyaAllah, akan cuba jadi mommy yang terbaik untuk anak aku nanti... Amin amin amin...
Eksaited sangat... Doakan perjalanan 2014 kami :)
Semoga segalanya dipermudahkan... Amin...

I love you so much husband...
Daddy dia dah semangat sangat tu... Tiap2 hari cakap dengan baby dalam perut...

"baby baby baby... perut mommy buncit" T______________T

Ok lah... kita sambung nanti... :)
Happy New Year everyone!