Nuffnang!

Saturday, March 11, 2017

Thyroid. Cancer. - The Recovery

So, here we are again. Sambung cerita iolls yang dah basi ni. Sudi ke nak baca? Kahkahkah... Okay, marilah.

So, my surgery was a success (well, obviously lah kan kalau tak siapa yang nak bercerita ni haaaa... jengjengjeng). It was 3 hours long. Erm, mesti ada yang cakap, alahhh... 3 jam je pong... Ikut suka hang lah nak cakap apa pun kan... For me, 3 jam yang menakutkan...

The moment aku tersedar, yang aku ingat, I was coughing. Tetiba je batuk then muntah kahak... I was at recovery room... Aku terbukak mata sikit and straight way "Alhamdulillah, syukur Ya Allah.". And suddenly nurse datang panggil nama aku while he/she vacuum the phlegm. Lepas aku muntah tu, ada la incident yang memalukan terjadi tapi tak perlu la kot nak cerita kat sini... Kahkahkah...

First thing I felt, leher aku. Rasa tight. Very very tight. Aku tak comfortable, AT ALL. Pain and tight at the same time. It's hard to describe. Time tu rasa nak nangis sangat2 because I can't speak. Taktau nak explain kat nurse macam mana. Then nurse cakap nak tolak aku pergi bilik. I was helplessly on the bed when he/she pushed me.

When I reached my room, aku memang tak larat nak bukak mata but I heard everything. Apa yang diorang sembangkan. Siapa bagi bunga, yang datang stay dekat bilik sampai malam, yang baru datang, yang berdiri dekat pintu, yang sembang dengan papa, yang sembang dengan mama.. I heard everything but I just can't open my eyes. But I remember, I was crying. Sebab tak selesa and I don't know how to tell people. Yang keluar dari mulut aku was "sakit...sakit...tak selesa...sakit". Sedih sebab kau helpless sangat and you don't have a partner untuk jaga kau. Only your family.

This was me at the moment I entered the room, Trying to find my comfy spot.

This was me when I cried saying that I'm not comfortable and Dila gave me her bantal busuk. Kayyyy. You probably can see that I'm in pain.

And this was me after Kak Ila bring the neck pillow and I felt much better.

*all of the pictures above taken by Dila tanpa ku mengetahuinya. Sebab tu selekeh nak mampos je tu*

Suara yang aku ingat, yang datang after the surgery, regardless stay lama or tak, Azli, Is, Cici, Ieqa, Wandy, Azlan, Aswad, Ramli, Aiman, Kak Ila, Kecik and maybe ada lagi but I can't remember. My family was there except Kakyin sebab dia kena jaga Mika kat rumah. The nurses tak bagi bawak Mika lagi takut dia nak dekat aku and I was not that strong at that time. Time Ieqa nak balik, she said something to me. "ni ieqa, ieqa datang ni." That time aku dengar but I couldn't answer her and I was crying and my dad wiped my tears. Tu yang paling aku ingat sebab time tu kau rasa Allah Maha Kuasa and you felt so tiny as his servants. Aku nak sangat tengok muka2 yang datang melawat aku and personally say thank you to them. Honestly, I feel like I'm dying. Really.

After semua balik, only left Dila with me, aku baru boleh bukak mata. And aku rasa there's something on my neck. Rupanya, ada tube. The tube, doc put inside my neck untuk darah keluar ke camne tah, I wanted to go to the toilet to pee.
This is the crucial part.
I could not sit up straight. Sebab leher aku terlalu tight, You know, when you want to straighten your neck macam nak bagi relief kan, so aku memang tak boleh. Kau akan rasa mencekik sangat sangat. Macam ada orang cekik kau, Dila panggil nurse because that time was my first attempt to get up. Dia takut aku pening and jatuh. So the nurse help me. Time tu baru aku sedar yang suara aku tak ada. Allah, time tu aku takut and sedih sangat sebab kau rasa macam kau helpless and menyusahkan orang.

Nurse tolong slow2 untuk aku bangun but aku macam kena tunduk la. I can't straighten my neck remember? And the tube bag on your neck pulak kau kena pegang and the nurse papah sampai toilet. So she helped me and show the right way to sit down to pee and so on. But still, sepanjang masa kau nak tido balik, all the time you feel like somebody is choking you. Really. So the nurse helped me to get back to the bed and Dila pun tolong aku change the gown and so on, baru lah aku dapat tido dengan selesa. Nope, tube only for the neck, not for my bladder.

And I was in the hospital for 7-8 days, I can't remember. I got no voice. Husky voice. Tight on the neck all the time and there was a time aku macam kena panic attack because I felt like I can't breathe. Sampai nurse datang check oxygen but I was fine, Rupanya because the tissue in my neck is trying to recover so that is why aku keep on rasa macam can't breathe. Oh, the doctor open up my neck sampai dagu just so you know :p

Another thing that happened was, aku selalu rasa kebas. Kebas kaki, tangan and muka. It was funny because kebas kau tu buat sampai kau cramp. Never had that before. Aku tak pernah dapat cramp except time pregnant. Then I asked the doctor rupanya It's the after effect of the removal of the thyroid gland. Sampaikan aku kena drip 3-4 bags of calcium. Sebabkan calcium level aku dropped, nurse had to take blood sample dekat aku 3times everyday sampai aku discharge. Yes. Everyday. So imagine urat2 aku sampai dah keras and aku dah start sakit. Why everyday? My calcium reading tak consistent. Why is it so important to monitor my calcium level?
Because I could get cardiac arrest.
And that scares me.

There's alot more to story but I'm sleepy. Will continue again. Itu pun kalau korang nak baca lagi. Toodles~~~

P/S - rasa macam grammar carca merba sangat ni. Please ignore. Please don't be the english police now. AND. aku bukan king coco krunch. This is just the way I blog. Tak suka takyah baca. Pi main jejauh sana.

Friday, January 6, 2017

Thyroid. Cancer. - The big day

So, on the 2nd of june, nurse dah cakap siap2, around 2.30pm camtu aku kena siap dengan gown hospital tu la... Last time aku boleh makan is pukul 7.30am.. So bangun pepagi tu dalam keadaan yang mamai campur dengan nervous, bangunlah daku untuk breakfast sikit. Tak seleraaaaaa... Knowing that i don't know whether i'm gonna wake up and see my son or not.

So time tu Dila memang ada. Dia kan tido situ. Then relax relax a bit. Pagi tu kebetulan ada visitor. Tak lah boring sangat. Hilang la jugak nervous tu. Buahahaha... Khalis, Yan, Zul and also si kecik Sephia. Not long after that, Kuchai pun datang. Tak sangkaaa... Tanjat iolls... So meriah la kejap dalam bilik tu... Dah sembang pung pang pung pang, time tu around 12 something kot because they all wanna chow chin chow for lunch.

Tetiba after that, nurse masuk. Around 1pm if not mistaken. Dah siap bagi gown for operation room. Dia kata pukul 2 camtu boleh ready kan? Dah tu bagi awal2, harusla tanjat.. Then nurse said, takpe siap awal... Ok foine... But still... I don't want to show it to my family how nervous I was at that particular moment..
Around 2, or 2 something I can't really remember (ni la padahnya bila blog lebih kurang 6 months after.. bahahaha), nurse masuk. Oh, time ni mama dah sampai.. Dia cakap, "okay, kita tolak pergi OT ye". Kengkonon gelak gelak ngan Dila tunjuk kuat. I'm really not okay inside. NOT OKAY.

It's tiring to show that you are OKAY when you are actually NOT.

So dah bye bye Dila, and I thought Mama tak ikut, then Mama cakap, she wanted to send me to the OT. I have mix feeling at that time. So bila baring atas katil tu and they push you to the OT, ontheway tu kan you for sure will look up sebab tengah baring kan. Exactly macam dalam movies boleh??? Sebab lampu tu kan berderet kan so it was like zupp zuppp zupppp zuppp zupppp ha gitteww siap bagi sound effect lagi. Sila bayangkan sendiri.
So memang sepanjang tu aku diam baring situ. Once reach OT, masuk2 je, Mama cakap, "Okaylah, Mama pergi dulu. Selawat banyak2. InsyaAllah takde pape". Masa tu kau takyah cakap banyak. Macam air terjun aku dah mata aku. Masa salam Mama pun yang aku ingat, Mika. Macam mana la Mika kalau aku tak bangun. Then nurse datang tanya detail, aku mampu angguk geleng je. Memang takleh cakap dah. I really need someone at that time. Someone I can hug and cry on to. But I don't have anyone. No one.

Then the nurse push me at one side. Macam waiting corner la. Aku mampu mengucap, selawat. Tu je. Dalam kepala aku memang dah tak boleh proses apa2. Aku ingat Mika je. Dia je dalam kepala aku. Perasaan takut tu, Allah je yang tau. Aku memang berserah kat Allah je. Takut sangat sebab tak pernah dalam hidup aku masuk operation room. Tak pernah operation pun sepanjang hidup. Tengah layan perasaan, sekali tetiba nurse bukak langsir tu.
Dia kata, "Okay, jom. Kita tolak masuk ye". Ayat dia yang pendek tu cukup buat aku terLost kejap. Dah la tu, siap kena bahan "Laaaaaaa.. nangis keeee.... kenapa nangis? Takde pape la insyaAllah".

Nangis ke dia tanya aku? Kenapa nangis dia tanya aku??? Kalau la otak aku boleh brain time tu, nak aje aku flying kick dia dengan soalan2 dia sekali. Huh.

But,
The moment dia tolak aku from waiting area tu until la aku padam, memang cepat. Sangat cepat. Dia tolak aku masuk bilik OT tu, aku sempat toleh. Semua orang dah ready. Aku nampak katil yang macam dalam movie tu. Aku nampak benda benda alah diorang nak guna untuk cut aku. Tiba2 abang tu suruh aku alih from current katil to THE katil. Ramai dalam tu. Semua pakai mask so memang aku tak recognize muka diorang. Diorang macam laju gila buat keje sorang sana sorang sini. Dah aku baring tu, bantal aku just ada this one kind of jelly ke rubber ke mende tah untuk aku letak kepala. Suddenly, "Hi Aileeza. Everything will be okay. Your CT scan show no other cancer cells in your lung and chest. So you no need to worry." It's Dr. Harjit gais. Rupa dia sama je dengan nurse2 dalam tu. Sebab semua pakai mask kan, mana la aku tau mana doctor mana nurse.

Then, yang aku ingat.
"Okay, tangan letak sini."
"Okay, kita akan masuk ubat bius ni eh. Akan rasa sakit sikit sebab dia pekat."
Zzzzuuupppp... Sumpah macam kena electrical shock sakit dia tu.
"Okay, kita tido eh. Tarik nafas dalam2. Breathe."

Tu je ayat last yang aku dengar. Aku sempat gelabah kejap sebab aku tak suka apa2 yang block pernafasan aku. That thing kinda betul2 fit kat hidung aku so aku tak suka. Aku akan jadi panic macam can't breath.

That's the last word I remember. The last thing I saw was the light. The last thing I recite was mengucap dua kalimah syahadah.



And I can't remember when actually I fell asleep.
I can't remember how many seconds until I close my eyes.
But,
knowing that my son will be in a good hands jika ditakdirkan aku tak bangun and so I put my faith in Him.

Sunday, July 10, 2016

Thyroid. Cancer. - The process starts.

So, orang 1st yang aku bagitau was Kak Ila. Mama, of course dia akan bagitau Papa. Sampai la sebelum Kak Ila call aku, aku tak nangis. Even bila doc drop the Cancer bomb, aku still tak nangis sebab Mama ada, Bukan sebab malu, tapi sebab nak tunjuk kat Mama, aku okay. Aku kuat. Dalam kepala aku just Mika. Dengan all the things that happened, now aku dapat ni pulak. Dugaan. Macam mana la anak aku nanti. Aku tau family aku ada but, it's not the same. Deep down, aku tau Allah akan tolong aku. Because of what is happening to us now. Aku tau Allah ada dengan aku. Untuk tolong aku untuk selalu ada dengan Mika sampai aku tua nanti, InsyaAllah. Tapi, kita tak boleh lawan takdir. Kita tatau apa akan jadi. But when Kak Ila called, soalan pertama dia, "adik serious ke main2 ni?". Bila aku bagitau dia, ni tak main2, There, dalam kereta aku dah dengar dah. That's the time aku pun sama nangis. Dalam kepala kitorang is Mika.

So the next day is obviously Saturday, which means, peak day at IKEA. Pagi tu aku sampai, aku diam. Aku tak bagitau sape2 lagi kecuali Abg Syahrul, through whatsapp. Aku nampak Smita. Dia kan type happy go lucky so dia macam, "so babe. What is the result". Aku tak nangis lagi. Bila aku cakap benda tu cancer. Dia terdiam. Kitorang terduduk. Then she asked me, "how come you look so calm. It's cancer babe!" Aku just cakap, what do you want me to do? Kat situ aku dah berair sikit dah. Then dia paksa suruh aku bagitau Laurens. Aku cakap nanti dulu sebab haritu hari sabtu. Aku tau aku akan jadi jiwa kacau kalau cakap dengan Laurens. Then bila masuk floor, nampak Kuchai. Bila Kuchai tanya, "kau pehal muka macam taik", bila aku bagitau Kuchai, dia terdiam. Terduduk kitorang kat situ. Dia cakap, "Aku ni memang huu haa huu haa jugak ja tapi bila kau nangis bab bab camni, kau akan buat aku nangis. So stop la weyh."

Then lepas briefing, out of sudden, Laurens datang kat aku, "So Leeza, what's up?" Aku macam terkejut. Kenapa dia selalu tau yang something is wrong with me. Bila aku bagitau dia. Dia terkejut. His face was, priceless. Aku tak pernah ada boss camni. Dia cakap sorry, dia kata take your time, take as much leave as you want, I will ask Syahrul to hire more people, you can go back home early, we will take care of you, the company will take care of you. Bila aku nangis, he couldn't even look at me. Because muka dia pun macam nak nangis and I know he wanted to hug me at that time but we're at work, dekat floor pulak tu. He is so supportive and rupanya after that, he went straight to HR to tell them to take care of me and try to provide everything that they could! Aku taktau pun dia jumpa HR terus. Masa aku nak pi toilet to wash my ugly face, HR jumpa aku. Memang burst lagi sekali la. Dalam kepala aku just Mika. Tapi aku wondering camne Laurens boleh tetiba nak cakap ngan aku. Rupanya Smita dah pergi kat dia awal2, "You got to talk to Leeza, boss". So bila dah bagitau orang2 yang sepatutnya, well of course, news spread. But not to every single person la. Dah handover kerja semua tu ni tu ni, the time comes.

Aku kena admitted to the hospital on the 1st of June. 1 day before the operation. Sebab dia nak buat CT scan kat aku to detect if there's any cancer cell somewhere else. According to Dr. Harjit, yang paling senang dia nak spread is lung. So that's why dia nak make sure dulu ada ke cancer cells kat tempat lain. If ada, it will light up in the result. So, the CT scan tu, aku ingat masuk yang dalam tunnel yang besar tu yang macam dalam movie tu kan. Tapi dia sebenarnya macam gelung camne tah nak explain. Kau baring then dia tolak through the thing and kau kena ikut la breathing instruction dia bagai semua.


Gambar ihsan dari Mr.Google

So sebenarnya aku agak nervous. Sebab taktau la pebenda kau akan rasa. Then diorang cakap kena hold breath semua so lagi la aku saspennnnnnn... hahahaha... mind over matters lah seperti biasa... So bila dah masuk bilik tu, diorang suruh kau baring... Then diorang akan masukkan cast... i hope i spell it right... benda tu ubat... dia cucuk masuk kan air ubat tu, then effect dia kau akan rasa panas like the whole body rasa panas gila kat dalam... i really can't explain... no wonder diorang suruh aku puasa 4 hours before... sebab ubat tu akan buat kau nak muntah because panas dalam tu... panas dia kau boleh rasa dia mengalir dari kepala turun ke bawah and bila sampai dekat miss V kau, kau tetiba rasa "woooooo"... hahahahahaha... nak terkencing mak.... Mama cerita, aku untung takyah minum cast tu... Time Papa dulu, dia kena minum... Memang nak muntah... Tapi aku dia cucuk... Legaaaaaa... Aku ni dah la kalau bab2 minum ni memang failed... So after dah settle semua CT scan tu, aku just have to wait the next day. The big operation day.

Friday, July 8, 2016

Thyroid. Cancer. - The discovery.

For some people yang tau, yes, I've been diagnosed with thyroid cancer. Cancer.

For some people, thyroid cancer is nothing. But for me, well, kau been diagnosed with cancer. Of course, kau akan automatically takut. Well, my dad have cancer history. Lung cancer. My late aunty, arwah Cik Ini, ada thyroid cancer. Aku tak sure samada semua ni ada kaitan or not sebab doctor said thyroid is normal among young woman. But, I'm still worried about Mika. Doctor cakap, there's no effect to Mika, yet, but we can only know after he turns 15. I just hope, he didn't get any of this. I only have him in my life.

How I found out?
Well, actually few years back, aku ada rasa ketulan dekat leher. Lama dah. Tapi, masa tu, lump kat leher ni kecik lagi so aku ingat it's nothing sebab dia sekecik kecik guli. Maybe benda biasa2 kot. Then around bulan May, benda ni tiba2 menganggu fikiran aku. Sebelum ni tak menganggu fikiran pun tau. Tapi aku dah rasa benda ni makin membesar. Masa tak menganggu fikiran, takpe lagi. Tapi bila dia dah kacau concentration kau, of course, that is the time that kau kena check! Sebab bila aku raba2 kat leher, aku macam automatically cakap kat member aku, "eh babe, look!" Kawan aku time tu buat lawak kata aku ada halkum.

Actually aku pun melawak benda yang sama jugak kata aku ada halkum. Kahkahkah. Tapi dah terbukti tak ada dengan adanya Mika ye. Tapi, mulut dia lagi jilake tau, dia kata "thyroid cancer kot, babe". That time aku taktau pun ada wujudnya benda tu. I mean, penyakit tu. Then benda ni tergantung lagi. After few days, aku pun macam saja2 cakap kat Mama, "Ma, tengok ni. Leher adik macam ada benda". Then Mama pun, "haa... pergi check la". So aku pun still delay lagi. Sebab apa asyik delay? Sebab aku tak rasa sakit. At all. Tapi kau rasa benda tu ada kat situ, but dia tak sakit apa. Appetite aku still macam biasa, sebab tu makin kembang semangkuk. Telan air liur semua memang normal. Kau makan pelahap pun still okay. Dia tak kacau kau except for visibility dia la.

So, there's 1 day, setelah dibising2 oleh semua orang untuk pergi check, lepas benda ni macam betul2 dah menghantui bila aku tiap hari raba leher, so aku pun pergi clinic dulu untuk check. Check dan check dan check, doctor cakap, "ni thyroid nodule ni.. kena refer hospital". Masa tu aku macam blur2, "apa benda tu" and takdela pulak aku tanya banyak. So lepas dia bagi surat to refer hospital, aku check dulu dengan insurance company. Of course, preferably dekat pcmc la sebab dah biasa dengan sini plus Mama pun kerja sini plus i don't think so family aku suruh pergi hospital lain plus Mama dah kenal doctor ke apa ke kat sini so senang. (ceceyyyyyyy. padahalllll). Then, bermula lah episode "there goes my life". (kahkahkah. OVER). Actually, everything is quite fast. Dari date yang aku check dekat clinic, towards date operation, estimated dalam sebulan. Tak sampai sebulan rasanya tapi +/- la.

1st doctor - Dr. Shamin.
Aku cerita kat doctor that I have this lump few years back tapi rasa macam benda ni membesar. Doctor rasa2 benda tu. Muka dia, hmmmmm... Muka dia macam mengatakan I need further check up dengan blood test bagai semua untuk tengok apa ke bendanya tu. So she sent me to another doctor to do a biopsy. Which, according to her, tak semua orang dia hantar to buat biopsy ni tapi certain2 case yang memerlukan dia check lebih deep, yes, dia hantar buat biopsy.

Apa tu biopsy?
Biopsy tu is a test which diorang take sample, in my case, sample nodule aku ni, to send to lab to check apa bendanya ni. Blood test semua opkos lah kan. Procedure dia? KAU DALAM KEADAAN SEDAR, DIA CUCUK JARUM DEKAT LEHER KAU UNTUK TAKE SAMPLE NODULE YANG BERADA DITENGAH2 LEHER KAU TU. Sakit tak? Nakharom kau ingat tak sakit ke? Sebab kau sedar! Over kan. So, yes. Sakit, sebab that time aku selsema pulak tu. Bila kena baring tu, kepala kau macam kebelakang sikit sebab doc nak stretch kan leher kau bagi straight. Well, common sense la jugak kan sebab easier for her la to take the sample. Akan tetapi, ye tuan tuan dan puan puan, akan tetapi, the lump is actually dah keras. A non dangerous nodule ada yang lembut and tak perlu dirisaukan, tapi aku punya dah keras. So the doc had difficult time jugak nak reach tu 1 hal sebab aku selsema and I'm not allowed to swallow. Kau sedar and cannot swallow, kau rasa??? 2nd hal sebab benda tu keras. So doc susah nak cucuk benda tu. Banyak kali jugak la dia keluar masuk jarum just to take the sample. Oh yes, of course dia numb kan dekat leher aku but that does not helping at all, because I can't swallow! So after finally dapat jugak sample on I don't know how many attempt, after that baru aku rasa sakit dekat situ. Leher macam bengkak sikit but I survived!

The result.
A week later, the result came out. Sebenarnya aku punya appoinment was on tuesday which ngam ngam a week la but then, Mama jenis tak sabaq nak tau... Hihihi... Bila dia check, result dah came out, so dia mintak nak jumpa doc cepat. So luckily pulak that Friday aku cuti so Mama suruh datang jugak jumpa. Dah alang2 kata dia. So when I came in, Dr. Shamin's face was not convincing. Was not, hmmmm... how to put it this way, merisaukan aku lah wey! Tapi dia tatap sinyum... Oh, she's very lembut and baik and all. So, she's actually trying to find a better word to explained to me bila aku pop terus question, is it cancerous? Dia diam and senyum and said, "Well, we doctors have to be very careful with our words. Your thyroid nodule is not normal." There. Aku tau dah waktu tu even though dia belum spill the beans yet. And then dia explain that my thyroid reading is higher than the usual, and I have to see Dr. Harjit so that she can explain better to me and I have to go through the operation stuff thingy, and she said that, "We gotta remove it, ASAP. Everything. Before it grows bigger and disturb other nerves". She said to me, "Please do not google anything. Trust us. We will take care of you.". Dia kata, "I won't give you the report yet for you to read. Let's see Dr. Harjit first". Then she said dia try to reach Dr. Harjit but tak boleh. Dr. Harjit ada banyak sangat patients. Then Mama kata, it's okay, we will go to her clinic to see the nurses there, dia ada ke tak.

Hikmah hari jumaat aku rasa. Masa sampai clinic tu, yes, Dr. Harjit memang full sampai ke petang, but luckily, the nurse got 1 slot to squeeze me in. Alhamdulillah. Walaupun aku kena tunggu sampai petang, which aku datang dari pagi, tapi untuk dapat Doc yang memang pack schedule dia, aku sanggup tunggu la. So lepak makan pe semua, nasib baik bawak buku. Dah sampai masa tu, masuk lah aku dan Mama ke biik Dr. Harjit.

Told her what happened. She read the biopsy result. Oh, ada word TUMOR dalam result tu ye. So, doc buat scan, and she said, "The big 1 is on the left, clearly, and there's a small2 lymph nodes on the right side". Aku terkejut la bila aku dapat tau there's actually more than 1. Her words was lymph nodes. Aku ngak tau apa itu semua waktu ituuuuuuuu...... So dia cakap, okay, i'm going to remove everything... the thyroid gland, the lymph nodes, the tumor, bla bla bla. Aku sebenarnya dah blur. Kau dengar kat telinga kau tumor. Memang otak kau tak boleh brain dah. I don't want Mom to hear that but she's there. So doc checked schedule dia.. Ya ampun, memang betul... Dia pack! So the date available for the operation was, 31st May and 2nd June. Aku taktau kenapa aku choose 2nd June. Maybe because that's the date yang dah lepas anniversary Mama and Papa and also mine. Takde kaitan pun kan tapi aku just nak lepas date2 yang penting tu even though takde buat pape.

Thursday, March 24, 2016

Rindu.

Rindu sangat rasa nak blog. Nak curi time nak blog, time pun tau nak lari dari aku. Dia pun tau aku nak curi dia. *k tak lawak*. Rindu weyh... tak tipu... macam macam nak cerita... pung pang pung pang kalau jumpa lepak minum, mau tangan yang jalan laju daripada mulut... wahahaha...
Kerja sini best, sangat best. Kau takkan rasa sebab sedar sedar je, ehhhhhhh, dah balik laaaaaaaaaaaa... ni pun break time aku... geng geng sekepala takdok.. so baik aku duduk sini menulis kejap... ada lagi 15min.... huhuhu... tapi tu laaa.... kau memang terkejar kejar lah jugak...

Kerja very busyyyy... then balik rumah, anak melekat... Sekarang memang musim dia ke camne? Mika takleh jauh dengan aku bila dia nampak aku... memang nak melekat je... Kalau tak nampak, takpe lagi tau... Kalau nampak? Kau nak masuk bilik air pun dia dah guling guling depan pintu... kau rasa? Aku tak kisah lagi dia melekat tapi tu laaa... kau memang tak boleh nak buat pape langsung...

Balik je, memang dengan dia je lah... apa pun dia tak bagi buat... tapi aku suka... sebab memang kau puas hati lah jugak bila ada dengan dia walaupun kekadang aku pandang hp tengok ig... wahahaha... Tapi aku rasa satu je cara nak blog.. Aku kena datang kerja setengah jam awal... blog sikit sikit... pastu masuk kerja...

Tapi tulah, kita mampu merancang, tapi bangun tidur tu, bukan kita yang menentukan... wahahahaha... bye!

Saturday, December 12, 2015

Time management... NOT!

I tell ya, time is definitely not on my side guys. Seriously.
My last post was 4 months ago and it was about my son turning 1. Which the post was also a throwback.
Now, how old is he? He's turning 17 months this 21st December.
People, it's December. Another half month it's going to be a brand new year!
Hello time, where have you been?

Working in IKEA is great but phew... it is so mentally and physically challenging. I'm used to working in retail industry but never thought this is going to be this challenging.
My boss said to me "you girls (me and my friend) gonna need some time to adjust to this environment. Give it 6 months and you will be okay"
Even after 2 weeks we felt like giving up let alone to give it another 6 months??? Okay, we are almost a month so maybe we can survive. Hahaha.
The seniors keep on asking "how are you?"
My answers "still here. still surviving."

My department is 1 of the most challenging department in IKEA.
Children's IKEA is IKEA's future customers.
That's what i keep in mind.
But, it is so messy and so hard to maintain department.
If i can stay in my department for at least a year, I can be in any department after this. If i can build up the commercial area in 3 months, from no walls to what ever that you guys sees now, I hope I can rebuild my life.

I gotta admit, I pity Mika. Trying my best to give all the time that I have to him. I hope I can give more but mommy gotta do what mommy gotta do for us, baby. Give mommy time to adjust to our new world.
I even did not have time for myself. I always get tired but I know I will be okay soon.

New year? New resolution?
Nope. Gonna stick with the old one which I did not remember but every year is gonna be for the same reason.
My one and only boy, my Mika.

Thursday, July 30, 2015

Mika turns ONE!

Ni mulalah nak emo ni... last week, 21st july, my one and only son turns 1! Weyh, setahun yang lepas somebody came out from my tuttt tuttt... hahaha...
Who knows a girl like me can become a mother! Even aku sendiri pun x percaya... yela... diri sendiri pun x betul, pastu ada anak... itu yang paling aku takut sekali...
ku takut aku tak dapat didik anak aku dengan betul...
Every mother in the world wants the best thing in life for their children, including myself... walaupun memang banyak parents aku bagi macam macam but to hold them from not giving pun susah jugak because this is their first grandchild and the only boy in our family... they INSISTED!
A year older and i hope my son will become a year wiser. Ni nak mai dah part nak puji anak ni... yela... anak sendiri kan, siapa lagi nak puji kalau bukan maknya...
Mika memang sangat senang untuk dijaga... Alhamdulillah... bangun pagi2, senyum... dalam mamai pun boleh senyum... kalau mommy daddy kat sebelah still tidur pun dia diam je... tak ada nak nangis ke, bangun lompat katil ke... tapi bila agak agak dia dah boring, mula la dia cakap uuu aaa uuu aaa... paling kelakar bila kadang tu aku dah sedar dia dah bangun, then saja la aku buat buat still tidur... tapi aku perati je... nanti dia main dengan tangan dia, dia dok uuu aaa uuu aaa... menyanyi la kot tu..  pastu dia bangun duduk... then dia panggil la kitorang... kejut bangun... pastu puk puk puk pukul badan or muka sebab nak kejut punya pasal... tak bangun jugak? Dia panjat kitorang... hahahaha... kadang tu dia nampak jugak mata aku dah sedar, aku buat buat tutup muka, japgi dia tarik bantal... macam mana laaaaaaa x geli hati weyh... hahahahaha... mika kalau x sihat je baru dia akan bangun terus merengek... anakkk anakkk...
Sekejap aje rasa dah setahun... sekarang mika baru boleh meniti... nak datang ke dapur tu dia nak jalan, tapi kene pegang... kalau jalan sendiri takat 3, 4 tapak je then jatuh... it's okay sayang... try lagi ya... gigi mika tumbuh cepat... 5 bulan dah tumbuh dah tapi still belum boleh cakap... tapi pok pek pok pek dok uuu aaa uuu aaa... hahahaha...
Okay... nak sambung basuh baju... hahahahahaha... bapak lah spoil terukkk ending ni... byeeeeeee

Friday, June 26, 2015

Positive vibe :)

Aku bukan nak agung2kan company baru and buruk2kan company lama... but to tell you the truth, my current company is wayyyyyyyy different (well, i want to say better but sokayyy) than my previous one...
Ramai nak follow aku ikut kerja IKEA but 1 thing yang aku tengok, if you don't have the values that IKEA wants, kau speaking A sekalipun, tetap kau takkan dapat... IKEA sangat2 mementingkan the 10 values dalam diri every staff...

1- humbleness and willpower.
2- togetherness and enthusiasm.
3- simplicity.
4- accept and delegate responsibility.
5- daring to be different.
6- leadership by example.
7- constantly being on the way.
8- cost consciousness.
9- striving to meet reality.
10- constant desire for renewal.


Even masa interview pun, diorang akan tengok semua ni. You just have to be yourself. Cara interview memang sangat casual. Kalau boleh nak kau comfortable. And surprisingly, benda ni semua, automatically will change yourself & yourlife, in this case, myself & my life.
Beside being 1 of the most stable company in the whole wide world, world okay, not just Malaysia, aku selalu terperanjat sendiri how loyal some or most of the co workers yang stay dengan company for many years. Yang almost 20 years pun ada tau.
There were few people tanya aku "lepas IKEA, plan nak pergi mana?"
And my answer was, "for now, I think this is my pitstop". Even if it's not just "for now", I still think that this is my pitstop. Well, before join IKEA pun dah memang suka IKEA kan and the company is doing good, the pay is good, the environment is good, everything is good so why not?

I can feel the positive vibe.
(okayyy, I admit there will always be the negative people of course, in IKEA also but hey, this kind of people is everywhere though) but you yourself can feel the different.
If you choose to feel and be in the positive vibe area, then you will feel the goodness in it. But if you choose to be in the negative vibe, then it's up to you.
Me? I choose to stay away from those negative people and negative vibe and negative thinking and whatever I think is negative. It's not going to do any good to me, right?
This is the start of my new journey, my new life and I will not going to face whatever I'm facing at my previous company. What for? At the end, akuuuuu jugak yang stress nanti, kan?

So, be positive people. You will be surprise by the outcome.
Just ignore all those negative thinking people or their behaviour.
You will be less stress and more happy.

Apply this to yourlife "I DON'T GIVE A SHIT" and be happy :)))))

Wednesday, May 27, 2015

New journey :)

Kerja baru.. routine baru.. life baru..
Alhamdulillah, aku dapat kerja dekat IKEA.. ni dah almost a month dekat sana.. Macam mana IKEA? Panjang kalau nak cerita.. Aku bukan dekat store Damansara.. Aku untuk store baru dekat Cheras.. InsyaAllah in November.. Sekarang memang busy untuk build up store.. That's why konon kata sempat nak blog tapi sebenarnya tak sempat.. huhuhu..

Aku tak kerja dekat office, aku dapat position untuk operation jugak.. Hahahaha... memang dah ditakdirkan aku ni kerja operations kot.. huhuhu.. for the time being, store Cheras belum bukak, so kitorang dapat off days on the weekend.. seronokkkkkkk bak hanggg.. tapi for the time being je lah.. enjoy lah selagi boleh.. huhuhu.. pasni, takdok laaa..
Nanti bila store dah bukak, of course, bila kau kerja untuk operation, u cannot expect to get all your of days on the weekend lagi.. so alternate la kot.. but i don't mind.. bila kadang dapat cuti weekdays sebenarnya best sebab time tu you can do all things time tak ramai orang.. macam bayar bills ke, grocery shopping ke, service kereta ke.. seronok tau sebab tak semak dengan manusia..
For now routine aku, paling lewat 7.15 dah kena gerak pergi kerja sebab training in Damansara.. so nak beat traffic tu adalah sesuatu yang mencabar.. pernah sekali tu terlambat.. pukul 7.30.. menggagau jugak nak pergi kerja.. nasib baik sharp2 pukul 8 sampai.. Then pukul 5.30, kau takyah rasa serba salah untuk balik rumah.. wahahahaha.. takyah rasa "alamak, tak sampai hati nak balik" "alamak, takut la nak balik ".. sini, no no no..
Nak beat traffic time balik rumah? Kau takyah mimpi lah kalau keluar pukul 5.30 sharp pun, pukul 6 kau akan sampai. Nehi nehi nehi. So bersabarlah aku dalam kereta tu.. sekejap je ni.. walaupun terpaksa redah traffic, redah tol yang hamaigad, minyak yang bagaikan air hujan (cewahhh), nanti bila kat cheras, banyak gilos i saving tau.. wuhuhu..
Yang seronok, bila kau memang kerja kerja kerja.. and sedar2, oh.. dah petang.. wahahahaha.. apa perasaan kerja IKEA? Sat.. aku up 1 more entry.. ni tiba2 rajin.. jangan dihalang kerajinan yang tiba2 datang.. rare weyh.. bye..

mai la tegoq tegoq say hi hi :D

Friday, April 24, 2015

5 years of bittersweet moments :')


Bukan senang nak buat decision ni... Tapi Alhamdulillah... Allah sebaik2 perancang...
Bila aku ditransfer ke Cheras, aku tak dapat tahan pressure dekat sana...
Selama aku bekerja, aku dapat bos atau superior yang kepala sempoi...
Kerja tetap jalan, tiptop.. tak ada masalah.. kalau ada masalah, confirm lah boss naik hantu..
Tapi lepas tu okay la semua... gelak2 ke... yang penting, operation semua smooth...
Dulu dapat pulak staff team yang committed, teamwork terbaik, tak berkira, kepala sempoi, baik hati, respect management, ceria, tak ada masalah disiplin... then bila dapat ke Cheras, semua yang memang bagi aku, penting untuk operation tu berjalan dengan smooth,
tak ada... lagi aku tambah down...

Manager aku bagus... sangat bagus... dia memang terbaik... ni aku tak perli tapi ni betul...
systematic... sangat sangat... tapi... tu lah... too strict and too stiff... tapi dalam muka garang dia, he's a family man tau... very... and sangat understandable kalau aku nak kena emergency pasal Mika...
And the top management now, entahlah... i prefer the previous CEO... hahaha...
and staff team yang... hmmm... tak macam team aku before...
So semua ni contribute untuk aku resign... Kalau mintak transfer, takkan aku nak bagitau semua reason tu... So, this is the only choice... Bila kau tak confortable working, sampai bila2 pun kau akan rasa terseksa... Kau takkan enjoy even if you love the job...

Lagipun, since ada Mika, aku tak boleh balik 3 pagi lagi... Kesian Mika... and kesian parents aku, kesian kakak and adik aku untuk jaga Mika waktu malam padahal besoknya diorang kerja and ada class... Banyak sangat diorang tolong aku and tak sampai hati jugak nak tinggalkan Mika malam2...

So lepas pikir panjang, and Alhamdulillah, lepas ada Mika ni, tak lama lepas tu, dapat offer...
Better place, better company, better salary... Even sometimes kena kerja weekend and public holiday but still, the working hours tak memerlukan aku balik pukul 3 pagi lagi...

Elok lepas last day aku haritu, besoknya Mika demam... musim sekarangkan...
Then more than 3 days demam dia, isnin decide jumpa doctor... Terus admit...
Rupanya ada tonsil... Nasib baik aku ada gap 2 minggu before kerja baru... So harini baru nak discharge... 5 hari admit... 5 hari mommy takleh buat apa2... tapi nasib baik mommy tak kerja...
Boleh jaga sayang mommy sorang ni... Minggu depan pulak Mama, Papa, Kakyin semua pergi umrah... Sekali dengan Kak Ila, Uncle Jan and Mak Njang Idah...
Nasib baik Mika admit minggu ni... Semua ada lagi...
Sebab tu aku cakap... Allah sebaik2 perancang... Semua dia atur cantik je...
Kejap lagi ready nak discharge... Terkejar kejar jugak nak buat semua benda...

Mommy buat semua untuk Mika... Alhamdulillah... Semua rezeki untuk Mika...
Tapi tak tipu, memang aku akan rindu... Dari february 2010... Aku start dengan part time... naik jadi supervisor... then tunggu entah bila nak naikkan aku jadi ACM sebab aku kan jenis tak suka kipas... Even aku dah perform walaupun location aku low volume, diorang tetap tak nampak... Even previous manager aku dah recommend nama aku... tetap tak ada pape... Even dah pergi assesment 3 kali, tetap tak ada pape...
So bila dapat RM baru, dia nak confirmkan aku... tapi by that time, aku dah dapat offer...
Tapi takkan lupa... 5 tahun 2 bulan dengan TGV... lama tu weyh...
Macam2 kerenah... Macam2 pengalaman... Macam2 perangai customer...
Tapi yang paling aku sayang, tetap Shamelin... Aku open location tu... Bangga weyh...
Ahhhh... rindu Shamelin... rindu sangat...
5 years of bittersweet moments...
Now, it's time to move on...

MAYBE aku boleh blog balik? Wahahahahaha... Hopefully....

Friday, November 7, 2014

My first baby experience :) - Labor Room

So mari sambung sini...

Lepas dah masuk 1/2 tablet untuk 1st time, sister cakap, "ok... you boleh tido"...
Depan sister aku hooray hooray la... tido kot, siapa x yang x suka? tapi belakang sister???
Aku dok tanya Zul, kalau tengah tido tiba2 sakit cemana? Kalau tengah tido, tiba2 air ketuban pecah cemana? Kalau tengah tido, nanti sakit, Zul x bangun cemana? Kalau.....................
Tapi memang hati x tenang la time tu nak tido... Tapi ngantok ni... So masa tu dalam pukul 2 camtu kot, Zul kata nak keluar cari sahur... Yang aku antara kesian dengan takut... Kalau Zul pergi sahur, kalau aku sakit cemana? Kalau Zul x keluar, dia nak makan apa? Gituuuu serabut kepala aku...
Hahahahaha... Last2 aku bagi je Zul pergi makan... Janji balik awal...
So elok lepas Zul keluar, erm pukul 2 lebih camtu kot, aku pun tido... Syiok weyh... Sejuk pun sejuk, katil pun sodap, selimut pun suam2 kuku...

So being Zul, selagi aku tak call, selagi tu dia syiok lepak makan... I'm not sure but around 4 something or 5 macam tu, sister masuk... Tanjat iolls... Rupanya time tu dia nak check bukaan...
And there i was all alone... without Zul... Time tu aku sedih... Ye la... pregnancy hormones remember? So hadap la aku sorang2 situ takda pegang tangan sesape...
Again, senak perut aku... and again... No bukaan... So sister tu cakap, "kita induced another 1/2 tablet ok?" Takkan nak kata tak ok... Ok je laa... Then... sambung lah tidurku...
Dalam 5 something Zul balik... Aku pun buat sedihlah cakap kena hadap sorang2... Huhuhu...
So after drama sedih, kesian takut nanti Zul kena berjaga bila aku nak bersalin, or aku takut aku tak ada energy nak bersalin nanti, kitorang pun tidur...
Then, pagi tu, around 8 kalau tak silap aku... ke 7 something tah, Mama and Dila sampai...
Dila takda class.. Cuti sem... So dia boring, dia kata nak datang... Ok je lah...
Pastu sister pun masuk... Dia check, no bukaan jugak kot kalau tak silap... Yet again, another 1/2 tablet... Zul? tak kisah la siapa masuk pun, sedap je dia tidur kat sana tuuu... hahahaha...

Ok, everything started after the 3rd induced...
After dah kena induced pukul 8 macam tu, aku sambung tidur... Well, selagi boleh tidur kan?
Then, aku terjaga dalam pukul 9 lebih almost 10 macam tu...
DAH RASA SAKIT CONTRACTION...
I don't get it... Orang cakap sakit contraction tu dari belakang ke depan la, tu la ni la...
But for me, senang je kalau aku nak describe sakit contraction tu macam mana...
Senggugut. Pernah senggugut tak? SEBIJIK! Just, lagi sakit, lagi kuat senggugut tu...
So pukul 10 macam tu aku perasan, contraction aku every 5 minutes...
Before aku perasan contraction tu every 5 minutes, Zul still tidur T______T
Thank god ada Dila, so bila dah pukul 10 tu, aku suruh Dila kejut Zul...
Kalau aku kejut sendiri? Memang dia tak bangun lah okay!
So back to the contraction... bertahanlah aku kat situ... Taktau apa patut buat sebenarnya...
Tapi just keep on breathing and breathing... Then, mula la sister masuk...
Oh, and hey, Dr.Seri pun dah start check aku...
Siap bergurau "Assalammualaikum.... Helloooooo... where's your smiley face Aileeza?"
Gituuuu nak ada smiley face ke time tahan contraction... Hahaha...
Waktu ni aku rasa, everything was so fast... Dr.Seri datang check bukaan, dia kata dah 2cm kot tak silap aku... Tiba2 dia kata dekat sister... "Ok, ready to transfer her to labor room"...
But before that, Dr.Seri cakap, "I akan pecahkan air ketuban you okay?"
Aku pun dalam tahan sakit, sedar tak sedar gitu lah, ya kan semua... Baru bangun tidur kan...
Oh, of course time ni Zul dah jaga... Dia pun mamai jugakkk... Hahahaha...
So aku tak perasan Dr.Seri ambil apa tapi ada tools dia la untuk pecahkan air ketuban...
Then tetiba macam zasssssssss.... Suam suammmm je kat bawah tu... Macam kencing pun ada....
Pastu ada sister masuk, dia nak masukkan ubat apetu, untuk bagi berak tu, untuk kosongkan perut kita... Woiii,, masuk ikut bontot tau... Terkemut kemut aku kat situ... Hahahaha...
Time ni sister cakap "try to hold on around 10 - 15 minutes. if tak tahan atleast 5 minutes"
Kepalaaaaaaa dia.... Tak sampai berapa minit aku dah rasa nak terberak like gila2...
Mula2 aku tahan lagi... padahal dia baru je masukkan ubat... Pastu aku tahan and tahan tapi padahal, baru seminit.. Pastu aku cakap kat Dila, "amek selipar kak lija, tak tahan dah ni"... Yang Dila boleh nak argue lagi "tapi dia kata kan suruh tahan dalam 10 minutes, ni baru 5 minutes"
MANA BOLEH TAHANNNNNNN...
Terus aku zassss masuk toilet and in few seconds, legaaaaaaaaaa oiiiiii...
hahahahahaha... Ubat apa tu weyh? Best siottt... kalau sembelit ni, senang nak membuang ni...
After dah lega membuang, baru aku terasa macam tak tahan contraction ni...
Baru rasa macam sakit gila2 tapi still, bertahan lagi ni...
Then sister bagi option untuk ubat tahan sakit... Aku ok je... Up until masa tu, tak ada plan lagi untuk aku amek epidural even malam masa the 1st induced tu, sister dah advice aku untuk amek epi...
Aku plan taknak amek epidural... So dia bagi ubat tahan sakit dulu... Kita tengok pegi dia macam mana..
Lepas dah cucuk ubat tu, diorang transfer aku pergi labor room... That time baru 10.30am...
See, everything happened so fast... Dalam 30minutes je pun dah buat macam2...

LABOR ROOM

Okay... bila dah bawak masuk labor room, masuk je aku kat pintu tu, hamaigaddddddddd...
Sejuk gila weyh labor room tu... tak tipu k... aku masuk terus menggigil...
bukan gigil sebab sakit... gigil sebab sejuk nak mampuih... Aku sampai mintak 2 selimut dekat sister sebab sangat2 tak tahan sejuk dia... Sister tu cakap memang labor room sejuk...
Aku kan 1st time, mana la aku tau... Huhuhu.. Yang Zul, dengan short pants... Member tu lagi la sejuk... Hahaha... Tahan je la... Nak buat camne...
So lepas dah baring, aku rasa macam kaw kaw ngantok... maybe because of the painkiller...
Homaigaddddd lagi... Best gila aku cakap kau the painkiller... memang lalok...
Aku tidur je.. mula2 tak rasa sakit tu... more to lalok... Zul cakap aku macam orang hisap dadah...
Hahahahahaha... Aku ada ingat Zul cakap something kat aku, tapi aku taktau aku response apa...
Pastu aku sedar dah macam pukul 1 lebih ke 2 lebih macam tu... Tak ingat sangat la...
Time tu dah rasa sakit yang gila2... Sister ada jugak keluar masuk untuk check bukaan...
Dia punya sakit contraction tu, sampai nurse tu seluk2 pun dah tak rasa apa... Macam dah numb...
Aku plan taknak amek epi kan, tapi memang tak tahan.. So aku cakap kat Zul, aku nak painkiller tu lagi... Then Zul pergi panggil sister tu, sister tu cakap tak boleh... Sebab gap kena atleast 4 jam baru boleh amek... Masa tu tak sampai 4 jam lagi... Bila sister tu keluar, aku dah bising2 kat Zul cakap nak painkiller... Memang tak tahan "senggugut" aku ni... Then nurse masuk, dia bagi another option, Gas.
Aku tau pasal gas ni pun dari blog kak filla. Dia pernah cakap, kalau tak pandai sedut, memang boleh lalok. Aku cakap kat nurse tu, takpe, aku nak try gas. Nurse pun bagi. Degil lagi ni taknak epi..
So aku pun taktau lah aku sedut betul ke tak... Tapi... Aku lalok lagi sekali... Hahahahahaha...
Then dalam almost 4 kot tak silap aku... Ke 3 lebih, ke 4 lebih.. Tak ingat.. Tapi around2 time tu la...
Gas, ke, painkiller ke, apa pun tak boleh pakai dah... Aku time tu dah weak... Maybe sebab lalok kot.. Ke mamai ngantok pun aku taktau... Ke sebab dah weak sangat dok tahan sakit... Zul ada sebelah aku, yang aku ingat, sister tu ada jugak, dia cakap aku macam dah lemah sangat, dia suggest amek epi...
Aku degil lagi time ni cakap taknak...
Lama sikit, Zul cakap dia sampai kesian dekat aku... Dia cerita, dia kata muka aku sampai dah takde darah... Dah pucat teruk... Tu kot sebabnya dia panic... Terus dia cakap kat nurse, bagi aku epi...
Then dia sign2 apetah aku nampak, tapi for sure.. Aku memang dah tak larat... Tapi sempat gaduh2 lagi dengan Zul... Aku cakap taknak... and actually.. aku takut... Tapi Zul beriya cakap amek je, takkan aku nak macam ni... Dia tak sampai hati tengok...
Lepas tu Doc masuk...  Doc ni specialist epi aku rasa...
Masuk2 je "alahai... kesiannya... sakit sangat la tu"
Apakah maksudnya? Hahahaha... Agaknya betul pucat teruk kot muka aku sampai dia cakap camtu..
Masa ni lah aku dok ingat cerita Ayu, cerita orang sana sini...
Well, actually, everything is mind over matters...
Doc tu positionkan aku... cara membongkok... Agaknya sebab dia nak rasa tulang belakang aku... Aku pegang Zul time ni... Tak berhenti mulut aku selawat... Sumpah time ni aku taktau kenapa takut sangat...
Dah la tu, sejuk pulak tu...
But, macam aku cakap, semuanya mind over matters... Waktu takde contraction je, Doc tu ready nak cucuk aku... Tiba2, dia cakap.. DAH! It's done!

MIND OVER MATTERS GUYS!
Aku rasa sakit sikit je sebenarnya... Sakit yang boleh handle... Cucuk jarum kat tangan tu aku rasa macam lagi sakit dari cucuk epi... Aku tanya Zul, dia kata Doc masukkan tube dekat tulang belakang aku.. Tube tu masuk ubat... And yes... Lepas tu aku tak rasa contraction...
Time tu baru aku macam tarik nafas lega... Fuhhhhh... Cayalah doc tu! Hebak uuuhhh...
Kalau lah aku tau Zul bagi aku amek epi, dari awal lagi aku dah mintak epi... Buat pe payah2 aku nak rasa sakit tu... Hahaha... But, kalau tak experience sakit contraction tu, tak best lah jugak kan :)
So, after not so long lepas amek epi tu, well, bila aku cakap not so long, it was really not so long after that, aku rasa nak terberak! Time ni dah pelik, aih... Nak bersalin dah ke?
Ni rasa nak terberak kaw kaw ni... Lepas amek epi tadi, Zul ada dengan aku.. Sister pun ada masuk untuk check aku... Tapi after that, sister tu keluar.. I guess, ada la kot dia nak panggil Doc or nak ready2 ke ape ke kan.. Yang Zul, dia cakap nak keluar jumpa Kak Yin and Dila... Reason sebenar is dia sejuk... Oh, aku bagitau kan dia pakai short mula2? Aku tak sedar bila dia tukar seluar panjang.. Hahahaha.. pity you husband..

Ok, back to the story...
Lepas elok Zul keluar... Aku rasa nak terberak gila! Like gila2! Aku dah dup dap dup dap dah ni...
Ni nak bersalin ni.. Aku tau ni nak bersalin dah ni... Mana function epi ni?  Kalau aku tau sikit lagi je aku nak bersalin, baik takyah... Ceyyyyy... confident ni.. Puiii :p
Pastu aku tengok je pintu bilik tu... Sorang lalu lalang pun takde... Pastu aku jerit la panggil sister, tak ada sape dengar.. Aku panggil Zul, pun tak dengar... Aku dah cuak gila.. Kalau baby terkeluar camne? Pastu aku cari button yang tekan panggil nurse tu... Tak de weyh... Ke aku tak nampak pun taktau..
Tapi memang gelabah jugak la sorang2 time tu...
Pastu sister masuk... Alhamdulillah... Terus aku bagitau dia... "Saya rasa nak terberak sangat2 ni"
Then dia keluar kejap panggil Dr. Seri... Then tiba2 Dr.Seri masuk...
Dr. Seri seluk and aku tengok je dia... Pastu dia cakap dekat sister2 yang ada kat situ, jap jap nak ingat balik.. Ok, ada 3 orang nak tolong time tu...
Dr.Seri senyum, and bagi signal kat diorang... Muka dia mula2 macam "Op... Dah... *smiley face*"
Aku guess lah ehh... Dah 10 cm and ready to push!!! Hahahahahaha....
Wait! Zul tak ada... Dia still dekat luar... Then, dengan lemahnya aku cakap kat sister...
"Husband saya... Husband saya mana"
Then dia keluar.. Time ni sister2 semua dah position kan aku dah... Aku time ni takut sangat Zul pergi tempat lain... Then tiba2 aku nampak muka Zul dekat langsir tu... Pastu dia pandang aku, tetiba dia pun
"Eh, dah nak bersalin ke???" OMGGG honey...

Okay... next entry puhleaseeeeeee :)

Thursday, October 30, 2014

My first baby experience :) - Induced

Hi and Assalammualaikum...
Cewahhh tudia... macam nak bagi ceramah ni... Kahkahkah...
Okay... Sebelum terlupa (well, i don't think i can ever forget),
marilah kita cerita experience iolls deliver baby iolls tu...
And finally tertulis jugak entry priceless ni.. Walaupun anak dah 3 bulan... wiwiwiwi...
Well, aku sajikan without gambar dulu okay? :)

BEFORE INDUCED

Ikutkan doctor, 16th July 2014 is my due date... but on this day, aku adalah berjalan dan jalan dan jalannn je... oh... dan lepak dan relax dan semua benda yang aku buat mungkin boleh buat orang jealous and that is,
TAK BUAT APA2... kahkahkah...
A week before until due date aku, 1 tanda pun tak ada...

NO contraction.
NO blood stain.
NO pecah pecah air ketuban.
NO nothing.
NO sakit sakit.

Ya rakan rakan, anak aku suka duduk dalam perut aku gamaknya. Mungkin lemak lemak mak dia ni boleh warmkan dia kat dalam tu... Hikhikhik... Tapi yang sebenarnya, aku risau jugak... Kemain tak ada pape... Normal ke idok aku ni? Hihihi... But according to doctor... Everything is normal...
1 thing aku bersyukur, darah tinggi ke, kencing manis ke, 1 apa pun takda... Alhamdulillah sangat...
So masa hari rabu due tu kalau tak silap, aku ada kat rumah... Petang kemain siap gi bazaar bagai... Nak berjalan kan... Konon bagi laluan bukak lah... Tapi nan hado ye...
Pergi bazaar pun, orang2 kat bazaar yang bagi laluan kat aku sebab kemain takut tengok perut...
So masa check up before due tu, on the 14th kot kalau tak silap, the monday before, dah discuss dengan doctor... Memandangkan 1 hape tanda pun tak ada, if on the 16th tak keluar jugak anak aku ni, then no choice, aku kena induced...
ye... INDUCED!

Dengar cerita, induce ni sakit... Apa lagi, iolls gerun lah... Aku kan semua benda pun aku takut...
So after discussed, doctor cakap, she gave me 10 more days after the due date...
It is better untuk baby grow outside then inside... geddit?
Which means, paling lewat pun on th 26th lah... But, kita raya on the 28th kan, aku taknak raya kat hospital oiii... And i'm sure doctor pun taknak raya dekat hospital... Siapa je nak raya kat hospital?
Habaq mai sini nak jumpa dia ok ke dak... Huhuhu...
So bila pikir balik, takkan nak tunggu... Sebab nanti kesian la Mama... nak jaga aku lagi, takkan diorang pun nak raya kat hospital... No no no...
So after discussed lagi, we chose 21st... sebab atleast a week before raya untuk prepare lah orang kata... and it's Monday... hari kelahiran Nabi s.a.w. :)
Tapi yang lecehnya, if on the 16th tak ada tanda, start 17th, everyday aku kena datang hospital untuk buat CTG... Ulang alik la jugak khamis, jumaat and sabtu tu...
Result CTG? As expected, no contraction -.-

Yang bestnya, Dila nak on the 19th... sama dengan birthday dia... Papa nak on the 15th sebab Nuzul Al-quran... but none of this date anak aku keluar... Hahaha... So harapan tinggal harapan lah diorang tu... Hihihi... Doctor suruh aku have sex untuk bagi laluan senang bukak... Kemainnn... Hahahaha... Tapi Zul adalah penakut ye... Huhu... Ampun, story 18sx pulak...
Then doc suruh aku jalannn sampai ke sudah, mencangkung lah bagai, basuh bilik air semua...
Gigih la aku mencangkung kalau dekat dapur tu nak amek pinggan mangkuk segala... nan hado...
Then hari apa tah aku tak ingat, sabtu kot... 19th tu, that day... 1 hari suntuk kerja aku adalah berjalan...
KLCC - Avenue K - KLCC (pagi sampai petang) pastu Kota Damansara the same day kot...
Tapi yang sakit bukan perut... Kaki yang sakit... Gila kau... Tak pernah aku gigih berjalan macam tu...
But still... nan hado...

So on Sunday tu dah tau dah, malam tu akan pergi serahkan diri... Aku cakap kat Mama, lepas buka puasa lah... Boleh aku tumpang2 makan sekali dengan orang puasa semua...
Hari last untuk minum ais, untuk makan sampai puas, untuk relax...
Tapi memang betul pun, ye ye aku makan... Hahahaha...
Tapi yang sakit hati, kemainnn feeling feeling makan, tup tup dah pukul 10pm...
Pukul berapa nak check in??? Hahaha... So bersiap lah aku nak check in...

HARI MENYERAHKAN DIRI (INDUCED DAY)
(kemain macam serah diri kat polis)

Sampai dekat registration counter pukul 11pm... tup tap tup tap tunggu bilik hotel ai siap,
dapat check in pukul 11.30pm...
Ya ampun... Dari nak keluar rumah, mulut aku dok bismillah bismillah, selawat banyak kali...
Aku rasa induced ni lagi takut sebab kita tau bila kita akan rasa sakit tu... Kalau macam sape2 yang normal, korang akan macam "tiba2"... Tiba2 rasa sakit, tiba2 air ketuban pecah, tiba2 terkejut bangun tidur... Ni tak, aku tau bila aku nak kena bersalin, aku tau bila aku nak sakit, aku tau bila aku nak kena seluk bagai pe semua so perasaan takut tu lagi berganda...
Sampai lah dekat registration tu, aku punya la diam.. Serious takut, tak tipu...
Sampai la naik kat bilik...
Dah la tu, bila sampai kat bilik, tak dan aku nak godek2, sister tu suruh aku bukak baju semua, pakai gown dia bagi, and dia akan terus masuk jarum kat tangan...
Aku pun terus macam, apakahhh... lek lek la duluuuuu... Lagi la aku seriau...
Dah tu, nak taknak, aku pun pergi la bersiap... On time ok sister tu datang...
So diorang pun set up lah aku...

Ni dekat bilik apa ke nama tah... Before pergi labor room, dia letak kita dekat bilik ni...
Baru berangan nak buat macam rumah sekali dia kata, nanti lepas bersalin, tak duduk bilik ni pun..
Gituuuuu... nasib baik dia bagitau, kalau tak, tongkang pecah jadinya...
Then, sementara sister tu nak datang, Zul ada homework... Aku peratiiii je...
Dia dok "ya" "ya" bila sister tu bagitau dia apa kena isi... Tapi aku tau, 1 benda pun dia tak paham... hahahahaha... Last2, kakak aku yang isikan T____T
Pastu sister tu masuk... Kena cucuk jarum kat tangan which sakit dia homaigaddd...
Then dia check heart rate, contraction semua...
Semua pun okayyy je... Macam takde apa... Masa tu pukul 1200am macam tu... Kira dah masuk 21st dah... Then dia kata jap lagi nak check opening dah berapa... Time tu lah aku bye2 dengan semua...
Oh, macam rombongan ye... Mama, Papa, Kakyin, Dila pun ada... Zul mestila kena ada...
Time tu macam nak nangis, aku nak jugak mintak2 maaf semua tapi family aku ni jenis relax habis... Diorang gelak2 bahan2 bagai time nak balik tu so rasa macam tak jadi la nak sedih2... Hahaha...

So 1230am macam tu sister datang... Dia nak check bukaan... Ada aku dengan Zul je... Aku taktau dia nak check cemana, pakai benda ke apa ke, aku taktau nak kangkang ke apa semua cemana, aku taktau macam mana caranya... So... ada sikit terkejut laaa...
Dia suruh kangkang... yang aku pulak, dandan tak tahan sejuk... gigils kaki ai...
Sekali dia masukkan taktau la jari ke tangan ke, zuuppp... senak oiii perut aku...
Pastu dia kata, x ada bukaan... Laluan ni ada 2 bukaan... 1 dalam, 1 luar... yang dalam baru 1 cm tapi dia kata tak ada effect pun... Kita nak bukaan yang luar tu... Tapi nan hado... 0 cm la kiranya...
See, nak kena induced pun nan hado... So dia kata, "kita induce ya... 1/2 tablet dulu"
Yang aku dok pikir la, induced tu cemana? Sekali zuuuppp dia masukkan tangan lagi sekali...
Lahhhh.. rupanyaaaaaaaaa masuk tablet tu kat bawah... Tanjat iolls...
Masa 1st time kena seluk tu, aku pandang Zul je... Ya ampun.. aku kan emosional lebih seminggu 2 minggu before nak induced ni... Dok la mintak maaf memanjang kat Zul... Takut weyh.. Banyak dosa... Hahahaha...
So masa tu pun nampak lah muka Zul pun macam kesian kat aku...(ke aku yang perasan?) Sebab dia tengok sendiri aku kena seluk tu semua cemana... Tapi part nak masuk tablet tu kejap je.. Yang part nak check2 bukaan tu yang missy tu tolak2 aku... Yang tu yang aku fffuuuuhhh lah kejap...


To be continue..........

Tuesday, September 23, 2014

Welcome back to the reality :)

Hi chuoolllsss...
Tengok last post, 2 months ago.. So bila aku dah bersiaran balik ni, after 2 months, paham2 je la...
Ya, mana yang dah tau, aku dah selamat bersalin baby boy... ni baru masuk kerja ni... huhuhu...
Tak ada siapa pun bagitau, semua ni senang. Yup, memang susah untuk jaga anak tapi berbaloiii...
Ok now dah rindu anak dah... cemana... hahahaha...
Experience bersalin nanti aku share dekat another entry... Berdoalah aku share cepat...
Hihihi...
Rindu serindu rindunyaaa nak membebel dalam ni...
Macam2 nak cerita... Tapi nanti aku cerita yang mana aku ingat je la ye...
Nampak gaya, post post lepas ni semua pasal anak je lah yeee... wahahahaha...

Ok lah... nak pikir ayat untuk entry entry lain pulak... bubyeee :)

Monday, May 19, 2014

Nama baby... tolong pelis...

Kalau ikutkan, memang aku taknak discuss dengan sape2 pun nama untuk baby aku nanti...
Ye la... Anak first kan, mestilah nak special sikit... Ikutkan nak discuss dengan Zul je...
Takpun paling terdekat, terapat, family aku...
Hello eksekuseme... excuse me... Hehehe... Bukan senang okay nak cari nama baby...
Tapi nama baby girl memang dah ada lama dah... Tapi nama baby boy ni ai is pening...
Aduhhh... Zul kata nama anak dia mesti nak kena ada huruf Z...
Lagi la payahhhhh... Kalau aku, mana yang aku dah berkenan tu memang aku nak letak je...
Tapi tak bestlah kan... Mestila kena dua2 setuju... Baru syiok...

Bila google pulak, tekan tekan kot tuuu jugak... Tekan tekan samaaaa jugak...
Pusing pusing nama tu... Tetiba aku terasa google tak ada gunanya untuk aku... Wahahahaha...
Bila Zul cakap nak huruf Z, terus aku macam,

" Kesiannya anak aku nanti... Kalau beratur nanti mesti last sekali... Dalam exam mesti belakang sekali"

Wahahahahahaaha... Psycho mommy... I know...
Tapi tu lah... Macam2 nama dah aku pikir ni... Sedap ke tak kalu ber bin kan nama Zul nanti...
Pastu nanti kewl ke tak kewl... Hahahaha.. Gila kan...
Tapi tak la... Mesti la aku nak cari maksud elok2... Tapi tula...
Aku nak nama yang something different dari orang2 lain bagi tu...
Zul berkenan satu nama ni, tapi bila aku cari2, langsung tak muncul maksud nama tu...
Aduhhh... Ai is pening... tapi aku pulak taknak panjang2 sangat...
Well, from my experienced, bila aku isi borang apa2, nama Zul je dah lebih kotak okay...
Hahahahahaha... Ada ke kesitu aku pergi... Hahahahaha...
Adoi, rasa macam nak pergi bookstore je... Tapi tulah... Yang rajin pulak iollsss nak pergi kann...

Dulu2 pernah lah jumpa buku nama sedap2...
Tapi tu dulu laaa... Sekarang ni bila pikirkan aku nak kena cari buku tu yang aku malas tu.... Hihihi...
Yang peliknya, bila orang lain suruh aku bagi nama untuk anak diorang, kemainnnn laju je idea aku datang...
Tapi bila anak aku?
Kemainnn memilih... Adusss... Help...

Friday, May 16, 2014

Menggila dekat JPO... LAGI!

Masa trip pergi JB / Singapore haritu, seperti yang aku dapat agak, JPO memang wajib singgah.
Hahahahahahahahaha...
Masa gerak hari jumaat, kitorang dah sampai Johor, tapi boleh check in hotel pun lepas pukul 2pm camtu...
So sebelum sampai town, boring taktau nak buat apa nak tunggu check in tu, Mama ajak pergi JPO...

Cuci cuci mata je... katanya...

Tapi, memang betul pun... kitorang memang cuci mata je friday tu... Tak sangka jugak aaaaaaa...
Pulang tak beli 1 benda pun... Kagum gilaaa weyhhh... Hahahaha...
Tapi... masa nak ontheway balik KL, memang dah masing2 cakap nak pergi jugak JPO...
Dah cuci mata kannnn... Haruslah rembat jugak.... Zul dah berzikir kat aku dah... t___t
Niat aku untuk shopping memang takde langsung okay... Tanjat jugak iolls...
Mana pergi semangat membara menghabiskan duit tu?
Wahahahaha... Sebab badan dah gemok kan waktu pregnant ni, so level of confidence dah takdo...
So memang automatic cakap kat diri sendiri "takyah la nyahhh... beli lepas habis pantang je laaa"... Gittewww...

So bila sampai JPO again on sunday tu, kitorang masuk dekat side yang baru tu... Kan dia ada tambah2 baru kannn... Tu pun kitorang tengok macam nak tambah lagi jeeee..
Dahsyattt... dan... Gaya hidup bahayaaaa...
So naik2, terus tanjat... Eh... ada kedai untuk baby... Wah wah wah...
Mommy belum beli apa2 lagi untuk awak sayang....
Seingat aku, ada stride ride, cotton on kids, apetah lagi... Lupa...
Tapi ada disney baby ke camne tah... Belum bukak lagi.... Nasib baikkkk belum bukak... hahaha...
So saje2 masuk stride ride... tengok jeeeee mula2... Sekaliiiiii.... Holohhh holohhh holohhh comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaa....... mana tahan.... paling aku tanjat Mama, dia yang hover...
So, rembat lah satuuuuu...


Ni Mama yang pilih.. Tak tahan comel sangattt... hahahaha... Yang Zul dah nampak kasut yang bleh matching daddy and son... cissssss... tak boleh jadi ni....
Pastu, keluar kedai, masuk cotton on kids pulak sebelah tu...


Nahhh... Ni pun dah kene ehem2 dengan Papa... Hahahahaha...
Haruslah aku jeles dengan Zul... Dia nak matching2 daddy & son je, walaupun dia belum beli apa2 yang matching, terus aku amek "i love mommy" je... I love daddy, nanti2... hahahaha
Tu kaler merah yeeee... bukan kaler fink....
Dapat 2 baju, 2 beanie 1 socks untuk matching dengan kasut birdie tadi... Hahahaha...
Pastuuuu... kedai ape tah.... Guess kot tak silap...
Dari luar memang nampak Guess just untuk adult, tapi bila kau masuk, ada baju budak2 okay...
Baju untuk baby girl lagiiiii laaaaa... Comel2 siap dengan tutu bagai... Hahahaha...
Untuk anak mommy? Dapatlah lagiiiiii...


Tang guess ni lagi best.. acah2 wak doyok arrrrr seluar kaler2... hahaha...
Kat sini, kitorang amek yang dah set... 3piece and 2piece...
1 piece pun ada jugak... Saja je amek ni...
Mama lagi la nak tambah, nak amek 1 shirt matching dengan 1 jeans ni...
Memang handsome habis anak aku... tapiiiii... takde size pulok...
Pastu, area kids ni seingat aku ada 50%... kebetulan, rezeki... Ni namanya rezeki anak...
Kitorang sampai tu happy hours... Apa2 je yang kau beli, tak kisah lah dah discount ke, belum discount ke, additional 20% for youuuuu... tak ke untung???
Then, kitoang masuk Gap pulak... Eh, ada 1 kedai tu kitorang lalu... start dengan huruf P... ke apetah... tapi memang common la budak2 pakai brand tu... Aku tak ingat...
Tapiiii... Mama ngan kak yin straightttttt je jalan... tamau masuk... hahahahaha...
Brand conscious betul.... Well, it runs in the family okay... Nak salahkan sape pun tatau... Hihihi...
Masa kitorang sampai friday tu, memang ada banyak yang ada size untuk baby kat Gap ni, tapi bila kitorang sampai je sunday tu, banyak size dah abis... kedai lain ktiorang masuk pun sama... Sebab orang dah shopping before tu... Silap silap silap.....


Dalam takde size pun, rembat jugakkkkk... Hahahaha... yang ni betul2 takde sebab...
Tapi comel... Sebab dia kotak2... pastu dia maroon adik beradik merah.... Mommy kan suka merah....
Wahahahahaha....
Lepas tu... kedai yang lassttttt kitorang masuk.... Selagi tak masuk kedai ni, selagi tu Zul and Papa tak senang duduk... Nyampah okayyyy... Macam terpaksaaaaaa je tau dorang jalan2 tengok barang baby....
Kedai korang tak lari lah okayyyyy...


Dalam bag ni, barang daddy and baby je okayyyyyyyyyyyyyyy....
Hover kannnnnnnnnn.... nyampahhhhhh....
Masa ni Ralph Lauren ada promo... Aku tak ingat sangat, gambar pun tak snap sebab memasing macam gelojoh bebenor nak masuk kedai ni... Tapi yang aku ingat...
Buy any 6 pieces item, 50% off... lebih kurang begitu laaaaa...
6 pieces ehhh... kau amek la apa2 pun, asalkan 6 pieces... so automatic kau akan dapat 50%...
Siapa yang tamau kannnn... Papa dengan Zul paling laju...
Mama? Laju tang baju baby... Hahahahaha... kelakar weyh....
Zul kan tak abis2 berangan dengan Mr.Arrogant dia.... Nahhh... Dah 50% ni, ameklah yanggg...

Daddy's

Son's

Towel kecik belah kanan tu, 2 helai tu, dikhaskan untuk air liur anak aku je ye...
Kalau tak menjejes air liur nanti, sajeeee jeee... Rugi beli kalau air liur tak keluar... Hahahahaha...
Hover kannnn... Towel air liur pun Ralph Lauren... Hover diorang ni.... Tu kakyin yang belanja tu...
Sebab 50%.... Pastu baju2 tu, aku suruh Mama amek besar sikit...
Baju mahal, rugi kalau amek ngam2 je... Nanti pakai kejap je... Hahahahaha...
Aku tak beli apa2 pun k... Merekaaaa je hover... Lagipun baju ladies mahal lagi dari mens...
So tak kuasaaaa ai... Baik aku shopping kt h&m... dapat banyak jugak baju mommy...
Total pieces kitorang kt Polo tu, ada la dalam 20 pieces kot... Wahahaha...
Terlajak sungguh memasing.... Tapi memang automatically, semua pun 50%... Untung tak untung?


So total damaged done untuk anak mommy yang belum keluar ni, keseluruhan shopping diaaaaa je, tak masuk si Daddy ye... Ini anak je yang aku kira...
RM 1,296.00 (original total)

Yang aku bayar untuk semuaaaaaaa semuaaaaaaaa diatas ni.....
RM 540.00 SAHAJA (total paid)

Berapa aku untung?
RM 756.00!!!

Ni total untung ni aku boleh pergi lagi 1 round tau shopping untuk dia... Or... Aku boleh pergi shopping untuk aku dekat H&M... Hahahahahaha...
Tengok2 balik, total barang2, well... dengan brand2 tu, kalau kat KL, memang takleh nak dapat harga ni...
So for me, memang berbaloi sangat2...
Sebab tu kitorang paling seronok pergi JPO... Brand conscious? Yes... But kalau nak ikut up to date, tak payah la kot rasanya... Mana boleh ikut sangat... Memang pokai la kalau shopping kat KL yang uptodate...
Back dated pun kitorang tak kisah, asalkan kitorang puas hati... Huhuhu...

So far, memang kitorang tak pernah dissapointed pergi JPO...
Just terpulang kat masing2 la nak uptodate ke, nak back dated ke...
Jenis kitorang, tadehal mana2... Yang penting brand conscious ye kawan2...
Kalau tolak duit minyak, duit tol, still... Berbaloi pergi JPO...
Ehem... Lepas ni bukak kedai apa pulak ekk dekat sana? Wiwiwiwi...

Thursday, May 15, 2014

SEACO or ACIC 2014 at singapore.

Ni masa hujung bulan 3... Paham2 je la cerita outdated aku ni...
Nama competition Dila ni bertukar2... So aku pening...
Mula2 yang aku tau, SEACO... Apetah panjang2 maksud SEACO tu...
Pastu bila sampai Singapore, aku nampak ACIC...
Yang ni aku ingat... Asean Cheerleading International Competition...
Kot.
Hahahahahahahahaha... Tak ingat lerrrr... Yang aku tau, Dila masuk competition dekat singapore..

Habis ceritaaaaaaaa.....

So, memandangkan kitorang ni kan kepochi semua... Dila yang masuk, yang sibuk lebih tu haruslah kakak2 dia... Oh, abang ipar sekali... Wahahahaha... Tak lupa jugak, Mama...
So berpakat lah kitorang amek cuti nak pergi sana just to be their supporters...

Oh, lupa nak cerita... Since dah habis sekolah, tak boleh la dia nak masuk Shirtliff lagi dah kan...
Sebab Shirtliff tu untuk sekolah sajooo...
Then now, memandangkan dia tak ada buat apa2, Mama cakap taknak bagi dia duduk rumah je...
Sebabnya....
Taknak bagi badan naik macam kitorang.....
Hello excuse me, time DULU2 kurus okayyy... DULU DULU... hihihihihihi....
Pastu dia kenal kawan tu, kenal kawan ni...
Then, masuk lah lagi team cheerleading yang represent Malaysia...
Nama team dia EMAS... Extreme All Stars...
Most of them dalam team ni memang dah habis sekolah... Eh, tapi rasanya yang tengah sekolah pun ada lagi kot... Ada yang kerja, ada yang study...
And yup, diorang wakil Malaysia... Tapi diorang ni not the only one wakil Malaysia la...
Ada lagi team lain like Rebels and apetah lagi... Eh, tanya dia sendiri lah... hihihihi...

So, on 28th march haritu, Mama ajak gerak pergi sana dah... Tapi bukan tidur Singapore pun...
Tidur kat JB... Then masuk la sana... So 3days 2 nights kat JB tu, 28th & 29th tu kitorang keluar masuk Singapore... Ceceyyyyyyyy... Macam orang duduk sana uhhhh... Hihihihi...
Competition dia on 29th... Memang masa tu masuk Singapore semata2 untuk support dia...
Kitorang naik MRT... soooo much easier okay sebab tak payah pikir sesat and tak payah nak pikir redah jammed pe semua... Tapiiiii.....
Kitorang naik dekat Woodland... Eh, ke mana tah lagi 1 station... Senang cerita, tempat nak pergi competition tu adalah station paling laaaaaaaassssssssssstttttttttttttttt sekali....... Hazab jugak arrrrrrrr......
Tapi takpe... untung naik station paling first, tempat duduk banyak...
Pastu nampak pulak kemudahan yang disediakan... Haruslah aku duduk situ je...
Rasa serba salah ada sikit je... Sebab perut aku tak nampak sangat... So orang mungkin ingat aku main bedal duduk je... Tapi kadang2 tu aku tarik2 la jugak baju aku bagi nampak perut...
Pendek cerita, berjayalah kitorang sampai tempat tu dengan bertanya kat orang sekeliling...
Kitorang memang gamble laikdat...

Pastu nampak la ramai2 cheerleaders semua.. Lelaki ke, perempuan ke, rambut macam tu, rambut macam ni... Macam2 gaya... Ye la.. Asia kan... Tak semestinya from Malaysia, and, kat Malaysia takleh nampak semua tu... Tapi paling aku tanjat from Thailand la... Ternganga iolls...
Rambut style apa pun aku tatau, baju stock yang dari space sana, rambut kaler oren kot tak silap...
Masa diorang perform, tanjat2 lah kitorang...

So nak dapat good view, well, good view lah jugak... Kena bayar 20$... OMG...
Mahal okay kerusi diorang... Kalau tak menang, memang aku mintak claim... Hahahaha...
So diorang ada division2 diorang... Haruslah aku nak tengok yang stock baling2 tu... Tapi apakan daya, diorang baling2 tu lambat... Macam petang2 sikit... Yang kitorang pulak, nak balik dah lepas Dila punya division settle... Dia punya cheer poms division... Tak melibatkan baling2... More to dance...

And... Tak sia2 bayar 20$... Diorang hantar 2 team... Senior cheer poms and open cheer poms...
Eh... Ke salah? Kalau salah, ampun...
And... Tak sangka okay... Both team diorang hantar, both menang GOLD MEDAL!
Alhamdulillah... Nasib baik aku tak mintak claim awal2... Hahahaha...

Aku nak masukkan video dalam ni, tapi entah dunno why, takleh masuk pulak video tu...
Kalau tak, korang boleh lah jugak tengok... Apo nak buek, tengok gambar je lah...

Haruslah tepek gambar tuan belog dan suami terchenta dulu... Semangat okay... Siap beli baju lagi tuuu...

 EMAS team from Malaysia.

Nahhh... Ini budak, menang gold medal... Muka kakak? Jangan dihiraukan...

 Proud mommy.
(tu kat carpet belakang tu, division baling2)

 Gitewww dengan trophy lagi...

Sumpah aku tak cam muka dia bila sampai. Habis kena make up. Serupa aje aku tengok dia dengan yang lain2. Hahahaha...

Well, imma proud sister... Al maklum la.. Dulu dulu takde... Hewhewhew...
Lepas habis amek gambar, sempat lah kitorang tengok yang stunt2 division tu warm up/practiced...
Homak aiiiiii.... Ternganga jugak lah kitorang... Hebak gilaaaaaaaa wa cakap lu....
Stock sorang laki angkat sorang pompuan sorang2... Pastu dah tak cukup dengan 2 tingkat, dia baling pulak sorang lagi pompuan untuk naik 3 tingkat... Ni betul okay... Aku tak tipu...
Memang kitorang nganga je... Ikutkan hati, memang aku nak stay, nak tengok... Tapi sebab kitorang nak kena balik JB tu yang takleh stay tu... Tapi gilalah...

Kalau rumah korang 2,3 tingkat ke, kalau tertinggal kunci pun takpe. Baling je budak2 tu, insyaAllah diorang boleh tolong bukakkan dari dalam. Hahahahaha....

Thursday, April 10, 2014

2nd check up at 22weeks

Ahah! Hari yang ditunggu2... 11 march 2014.... Detail scan weyhhh...

DETAIL scan... semua aku dapat tau time ni...
Oh, berat aku time ni 62.2kg... Naik 400grams sajaaaaaaa...
Papa aku dah bising dah... Makan tamau... Hahahahaha... Nak buat camnoooo....
Tapi yang penting, Dr. Seri cakap berat aku okay jeeee...
Doctor dah cakap ok, aku ok jeeewwwww... Sebab dia cakap, kalau aku naik mendadak sangat pun, kalau aku put on weight pun, nanti akan lead ke penyakit lain.. Lagi payah and lagi bahaya untuk baby...
So now berat aku ok ok jeeee...
So masa check up tu, sikit nervous aaaaa.... aku ni time check up waktu mana je yang tak nervous T____T
Doc. Tan ni hebat ohhh.. Laju gilaaa... Pastu dia boleh tau, tu apa tu apa.... Expert kan...
Oh, bukan scan ngan Dr. Seri... Sebab masing2 ada bahagian masing2 aaaaa....

So dia kata, ikut weeks growth ok... Alhamdulillah...
Eh, masa ni weeks erm....oh, 22 weeks... Padahal aku dah state kat atas tu, aku boleh lupa plak...
Ikut weeks, berat baby aku dalam 400grams macam tu... Normal... Alhamdulillah... Kira berat mommy 61.8kg lah kan... Mommy bangga... Hahahahahaha.... Yang first haritu lupa pulak berat baby berapa gram...
Pastu dia terus check semua... Aku dah pegang tangan Zul... Nervous hoiiihhh...

Lilitan kepala okay...
Brain kiri, brain kanan okay... Nama scientific dia apetah doctor sebut haritu... Idok ler aku ingat...
Darah keluar masuk tang tu, tang ni, okay...
Saluran darah tang tu, saluran darah tang ni, okay...
Buah pinggang, okay...
Lungs functioning normal...
Heart functioning normal...
Tulang belakang okay...
Telinga nampak sebelah je, sebab baby aku tamau tunjuk sebelah lagi... Hahahaha
Jari nampak cukup semua... Jari tangan, jari kaki...
Tulang kaki, tulang peha, tulang tangan, tulang tu, tulang ni... semua okay...
Hidung okay... mata okay even dia tengah tutup mata... hahahaha...
Paling tak tahan, nampak bentuk bibir.... BENTUK BIBIR ZUL!!! apakahhhhhhh...
Bibir tebal anak aku ni... Best kalau dapat kiss kiss ni... Gewaammmm... Hihihihihi....
Zul dah bangga bibir ikut dia... Bibir je punnn T____________T
Pastu doctor nak print gambar 4D muka baby, tapi time tu tak nampak sangat sebab tali pusat dok ada kat muka baby... adoiii... rugi2... kalau tak dah dapat tengok dah...
Pastu ko tau, yang paling aku tanjat... doc dapat check anak aku sumbing ke tak...
Gilaaaaa aaaaaa... Sampai ke situ dia boleh check... Dahsyat tak dahsyat arrrr.... and according to the scan, anak aku InsyaAllah tak ada sumbing... :))
Alhamdulillah... Syukurrrr sangat...

AND... jeng jeng jeng...

Dengan rilexnya doctor bagitau aku gender baby...

AND... jeng jeng jeng...


It'a A BOY peopleeeeeeeee... :))))))

Aku tak kisah pun boy ke, girl ke... I don't mind...
Zul nak girl, tapi bila dapat tau boy, terus cakap Joker Junior... Pastu, terus cakap nanti nak buat jersey, nama belakang dia Joker, untuk anak Joker Jr.
Hellooooo... Terus plan nak matching dengan anak je... Aku dah macam kena tinggal dah ni...
Takleh jadi takleh jadi... kuangsam tauuu...
Papa aku paling excited... Anak2 dia semua girl kan, ni dapat cucu boy, mestilah spoiled ni... Huhuhu...

Tapi Alhamdulillah... Syukurrrrrrr... Everything okay and normal :)))
Even tak lalu makan pun, still baby aku okay... :)))
And now, memang nervousssss angat angat nak tunggu baby ni....

APA JE YANG AKU TAK NERVOUS???
Hahahahaha....
Exciteddd... hope everything will be okay... InsyaAllah :)